PENCARIAN BAKAT BARU NYANYIAN I-SING MALAYSIA 2019 BERMULA



Ada bakat dalam bidang nyanyian? Jangan pendamkan. Serlahkan bakat anda ke persada antarabangsa dengan menyertai Pertandingan I-Sing World.

Pertandingan I-Sing World diasaskan oleh Mr Yuro dari I-Sing Management, bermatlamat untuk mencungkil bakat-bakat baru dari bidang nyanyian untuk di pertandingkan di peringkat antarabangsa. I-Sing Malaysia 2019 merupakan tahun ketiga penganjuran dan mendapat sambutan yang hangat dari para peserta seluruh Malaysia.

Pada tahun 2018, nama Malaysia telah dilonjakkan oleh Syafeek Ikhwan yang berjaya menggondol Juara bagi l-Sing World 2018 di Perancis. Pertandingan I-Sing Malaysia tersebut telah diketuai oleh Mr Michael Samy dari Rhythmis Mine Studio.

I-Sing World edisi pertama telah diadakan pada tahun 2017 di Myanmar. Pada tahun 2018, lokasinya beralih lokasi ke Paris, Perancis manakala pada tahun 2019, pertandingan nyanyian bertaraf dunia ini bakal dilangsungkan di Sepanyol pada bulan November akan datang. Dijangkakan lebih 40 negara bakal menghantar wakil mereka untuk Peringkat Akhir I-Sing World 2019. 

Untuk menyertai pertandingan ini, para peseta mestilah berumur 17 tahun dan ke atas. Terdapat dua kategori iaitu solo lelaki dan solo perempuan.

Peringkat Saringan pada tahun 2019 ini bakal berlangsung pada 20 dan 21 Julai 2019 di KL Gateway Mall. KL Gateway Mall merupakan penaja lokasi bagi I-Sing Malaysia pada tahun ini. Penyertaan peserta pada tahun ini sangat memberangsangkan dan sudah mencecah lebih dari 100 peserta.

I-Sing Malaysia 2019 ini juga bakal menjalinkan hubungan kerjasama dalam penganjurannya bersama Kuala Lumpur International Chamber of Commerce (KLICC) yang diwakili oleh YBhg Dato' Hashim Salleh yang merupakan Presiden KLICC. Jalinan kerjasama ini dibuat dengan harapan lebih ramai lagi pihak akan 'membuka mata' terutama pihak Kementerian Kesenian dan Kebudayaan untuk melihat I-Sing Malaysia sebagai platform terbaik dalam pembentukan bakat-bakat baru sebagai Penghibur dan Penyanyi di peringkat Antarabangsa. 

Pihak I-Sing Malaysia juga sangat mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk memberikan penajaan dalam pertandingan ini kerana penajaan yang diberikan akan memberikan nilai tambah yang lebih besar terhadap penganjuran tahun ini dan membawa faedah pemasaran kepada pihak penaja pertandingan ini. Pihak I-Sing Malaysia juga memberikan peluang untuk para usahawan dan untuk membuka booth untuk mempromosikan produk mereka dan juga memeriahkan pertandingan ini sepanjang peringkat saringan berlangsung.




Rebutlah peluang untuk meneyerlahkan bakat nyanyian anda ke persada dunia. Ayuh! Sertai sesi saringan i-Sing Malaysia 2019 di KL Gateway Mall. Siapa tahu anda yang akan terpilih ke acara peringkat akhir dan mewakili Malaysia ke Sepanyol. 

Sila hadir untuk uji bakat pada 20 & 21 Julai 2019,  jam 10 pagi - 10 malam di KL Gateway Mall. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-2356157 (Ubi) atau layari https://www.facebook.com/isingmalaysiaofficial2019/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING