AEON MEMBANGUN BERSAMA MALAYSIA SELAMA 35 TAHUN



Sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, AEON telah berdiri teguh selama 35 tahun, mengukuhkan lagi legasinya dari tahun ke tahun sehinggalah sekarang. Sebagai sebuah peneraju sektor peruncitan di Malaysia, mereka telah berjaya meraih kepercayaan masyarakat dan mengukir nama sebagai jenama yang diyakini. 

Baru-baru ini AEON CO. (M) BHD. telah menganjurkan sebuah acara makan malam bersempena dengan ulang tahun ke-35 dan sebagai tanda penghargaan buat seluruh rakan niaga dan ahli keluarga AEON di atas sokongan yang telah diberikan untuk memenuhi harapan dan impian di masa hadapan.


Berucap ketika majlis makan malam, Pengerusi AEON CO. (M) BHD. Datuk Iskandar Bin Sarudin, berkata, “Semenjak ditubuhkan, AEON sentiasa membangunkan budaya korporat yang tersendiri dengan sentiasa memastikan “pelanggan didahulukan”. Sambutan pada hari ini menunjukkan bahawa sokongan yang tidak ternilai daripada para pelanggan dan kesetiaan ahli kami selama 35 tahun ini telah memberikan peluang untuk AEON pergi lebih jauh. Ibarat seperti rama-rama yang keluar daripada kepompongnya, kami telah terbang lebih tinggi dan berdiri lebih teguh daripada sebelumnya.”

Demi mengekalkan prinsip AEON, syarikat ini sentiasa melakukan perubahan dan menyesuaikan mengikut keadaan semasa dengan penuh keyakinan. AEON akan terus menumpukan perhatian terhadap keperluan pelanggan dengan menyediakan kemudahan dan kepuasan yang diperlukan. Secara tidak langsung dapat membantu AEON berkembang dan pada masa yang sama berbakti kepada masyarakat.

Bertemakan “Growing Together With You”, majlis makan malam ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah. Majlis ini turut diberi penghormatan dengan kehadiran Menteri Sumber Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Dr Xavier Jayakumar serta Pengerusi AEON CO. (M) BHD. YBhg Datuk Iskandar Sarudin. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan hebat dan menghiburkan Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid.

Mengulas lebih lanjut mengenai tema acara makan malam itu, "Growing Together With You”, Datuk Iskandar berkata, “Tema dan logo hari ini berkaitan dengan perjalanan yang kami tempuhi selama ini. Bagaikan rama-rama yang mahu hinggap di sekuntum bunga, begitu jugalah perjalanan kami yang mahu menuju ke jalan kebahagiaan. Lima tahun lepas, kami mulakan permulaan baru sempena ulang tahun ke-30 kami, dan sepanjang perjalanan ini, kami mengembangkan sayap bersama-sama sebagai simbolik kepada warna yang menjadikan kami hari ini."

"Kuning melambangkan matlamat kami untuk mengembirakan pelanggan dengan membelibelah di AEON dan menikmati pelbagai tawaran dan penjimatan hebat. Magenta pula mewakili kesetiaan jenama untuk pelanggan menerusi faedah dan keistimewaan sebagai ahli AEON. Hijau untuk keamanan, layanan mesra yang mengiringi pelanggan semasa membeli-belah dengan tenang dan selesa di AEON."

"Kesemua ini mewakili komitmen kami untuk berada di mana kami berada sempena ulang tahun ke-35 ini. Kesemua rama-rama bersatu menjadi sebahagian daripada bunga dan ianya simbolik kepada kejayaan AEON sehingga ke hari ini dan salah satu penghargaan terhadap sokongan pelanggan selama ini."

AEON bukan sahaja menumpukan sumbangan terhadap industri peruncitan Malaysia, malah menerusi aktiviti penanaman semula pokok, yang sudah menjadi tradisi mereka. Sebagai salah satu peruncit terkemuka, program ini telah melibatkan para pelanggan untuk menanam pokok secara sistematik supaya ia dapat memupuk penghargaan terhadap kepentingan alam sekitar dan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Sambutan ini turut menyaksikan rakan perniagaan AEON diberi pengiktirafan ke atas sumbangan dan sokongan berharga mereka menerusi AEON Business Partner Alliance (ABPA). Upacara penganugerahan tahunan itu diberikan kepada rakan perniagaan yang berjaya meraih kadar pertumbuhan tertinggi yang direkodkan pada tahun 2018 menerusi dua kategori. Iaitu Perniagaan Runcit AEON and Perniagaan Pusat Beli-Belah AEON.

Berikut adalah Pemenang ABPA 2018
Perniagaan Pusat Beli-Belah:
  • A-Look Eyewear Sdn Bhd (aksesori)
  • TCRS Restaurants Sdn Bhd (makanan & minuman)
  • Smaster Suit Sdn Bhd (fesyen)
  • Asterspring International Sdn Bhd (perkhidmatan & hiburan)
  • Guardian Health & Beauty Sdn Bhd (kedai istimewa). 

Perniagaan Runcit:
  • Sen Kee Food Trading Sdn Bhd (makanan)
  • Nosigner Design Sdn Bhd (pakaian)
  • Sony (Malaysia) Sdn Bhd (perkakasan). 
AEON juga telah berkongsi visi dan matlamat mereka untuk tahun yang akan datang, termasuklah pelan 2020 yang tertumpu kepada kerja-kerja menaik taraf pusat beli-belah AEON di Malaysia. Selama beberapa tahun ini AEON telah berkembang dengan memperkenalkan kategori perniagaan runcit baharu seperti MaxValu, Daiso (produk rumah dan gaya hidup dengan kadar sama rata) dan AEON Wellness.

AEON kini semakin berkembang dengan 34 buah pasar raya, 28 pusat beli-belah, dan 65 buah farmasi AEON Wellness dan perniagaan konsep runcit baharu, MaxValu.

Sebagai usaha mewujudkan penghargaan dan menaikkan semangat serta komitmen para kakitangan yang setia dan telah bersara, dan juga mengukuhkan hubungan sesama kakitangan sedia ada, AEON CO. melancarkan Kelab Rasa Sayang AEON (RSAC).

Mengulas mengenai pelancaran RSAC, YBhg Datuk Iskandar menambah, “Kelab Rasa Sayang AEON direka untuk menyatu padukan kakitangan lama dan baru. Kami percaya bahawa penting untuk kami terus menanamkan rasa cinta terhadap jenama AEON dan rasa seperti sebahagian daripada keluarga AEON."

Ahli-ahli RSAC dapat bertukar idea, dan memperkasa sesama sendiri serta melibatkan diri di dalam aktiviti inisiatif AEON sambil terus menyumbang ke arah kejayaan AEON. AEON akan mengambil langkah lebih jauh terutamanya dalam dunia digital agar pertumbuhan ini akan memastikan kewujudan inovasi terkini yang khusus dalam industri peruncitan.

Termasuklah Perniagaan Khidmat Kewangan, yang menyediakan khidmat pembayaran mudah untuk pembelian seharian, dan Perniagaan Pembangunan Pusat Beli-belah, yang menawarkan pusat beli-belah sehenti. Ini dapat dilihat menerusi platform seperti kad AEON Member Plus dan kolaborasi penjualan barangan menerusi aplikasi digital seperti HappyFresh. AEON berterusan untuk fokus kepada pengurusan untuk memastikan pertumbuhan, dan pada masa yang sama membina masyarakat mampan dengan matlamat jangka panjang yang sentiasa diperbaharui demi membantu kemajuan sesebuah masyarakat.

“Dalam usaha untuk meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah agar pelanggan merasa gembira, AEON akan terus menawarkan gabungan produk terbaik dengan perkhidmatan peribadi yang unik. AEON akan terus memperbaharui pasar raya sedia ada secara beransur-ansur untuk cita rasa dan wajah baru demi memenuhi keperluan pengguna sambil mengembangkan kategori perniagaan baharu seperti farmasi dan kedai kadar sama rata,” akhiri Datuk Iskandar Sarudin.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO