ARTBOX MALAYSIA 2019 KEMBALI DENGAN TEMA “ASSEMBLE”
Artbox Malaysia 2019: Assemble, pasaran kreatif terbesar yang ditempatkan dalam kontena besi perkapalan yang ikonik kini kembali lagi ke Malaysia pada 6-8 dan 13-15 September di Sunway City Outdoor Open Air Carpark dengan kemasukan percuma untuk semua orang.
Artbox Malaysia meningkatkan taraf edisi kedua ini, dengan kontena yang menjadi tanda pengenalannya disusun dan diatur untuk menarik tetamu dari seluruh Malaysia. Artbox dikenali di peringkat antarabangsa kerana struktur yang memukau di sekelilingnya. Edisi tahun ini memperoleh inspirasi daripada permainan nostalgia zaman kanak-kanak seperti Tetris dan Jenga.
Dengan Artbox Malaysia: Assemble sebagai tema barunya, pasaran kreatif kini sekali lagi memberikan peruncit yang kreatif dan unik dari seluruh rantau seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura membentuk suatu pengalaman yang dirancang secara menyeluruh, serta lain daripada yang lain. Artbox Malaysia: Assemble juga akan memaparkan sebanyak 300 gerai yang akan menarik minat rakyat Malaysia.
Dengan Artbox Malaysia: Assemble sebagai tema barunya, pasaran kreatif kini sekali lagi memberikan peruncit yang kreatif dan unik dari seluruh rantau seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura membentuk suatu pengalaman yang dirancang secara menyeluruh, serta lain daripada yang lain. Artbox Malaysia: Assemble juga akan memaparkan sebanyak 300 gerai yang akan menarik minat rakyat Malaysia.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Invade Industry Singapore, Mr Kent Teo berkata, “Artbox Malaysia 2019 merancang untuk menjadi lebih besar, lebih baik dan lebih diingati daripada tahun lepas. Pada tahun ini, kami akan keluar dari zon selesa dan membawakan idea-idea menarik untuk direalisasikan bagi masyarakat di Malaysia.
Banyak yang boleh ditawarkan oleh Artbox Malaysia dan kami berharap untuk memberikan tetamu kami dengan pengalaman luar biasa yang menyeluruh. Kami juga berharap semua peminat makanan dan seni akan mendapat pengalaman yang sukar dilupakan dengan kami. Kami juga berbangga kerana Artbox Malaysia sekali lagi disokong oleh Kumpulan Sunway, satu daripada konglomerat terbesar Malaysia dengan Sunway City Kuala Lumpur sebagai rakan lokasi utama.”
Banyak yang boleh ditawarkan oleh Artbox Malaysia dan kami berharap untuk memberikan tetamu kami dengan pengalaman luar biasa yang menyeluruh. Kami juga berharap semua peminat makanan dan seni akan mendapat pengalaman yang sukar dilupakan dengan kami. Kami juga berbangga kerana Artbox Malaysia sekali lagi disokong oleh Kumpulan Sunway, satu daripada konglomerat terbesar Malaysia dengan Sunway City Kuala Lumpur sebagai rakan lokasi utama.”
Sebagai destinasi pelancongan utama Malaysia dengan kemudahan runcit, aktiviti senggang, layanan baik dan hiburan di bawah satu bumbung, Sunway City Kuala Lumpur adalah lokasi pilihan bagi Artbox Malaysia: Assemble yang akan menyaksikan kehadiran pengunjung yang ramai.
Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway Tan Sri Dr Jeffrey Cheah berkata, “Sunway City Kuala Lumpur berbangga menjadi tuan rumah Artbox Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut. Tahun lepas, acara ini mendapat sambutan yang amat baik daripada peminat seni, bakal pereka, peminat membeli-belah dan makanan dari seluruh Malaysia. Kami percaya acara yang julung-julung kali ini akan menarik lebih ramai lagi pengunjung pada tahun ini. Dalam usaha berterusan kami untuk meningkatkan industri pelancongan Malaysia, kami akan membawakan lagi acara-acara berskala serantau dan global ke Sunway City Kuala Lumpur.”
Artbox Malaysia juga memberikan pengunjung peluang untuk menikmati makanan-makanan sedap, daripada gerai yang membawakan juadah lazat serta minuman setiap minggu. Sebahagian daripada citarasa yang patut dicuba oleh peminat makanan adalah seperti Dum Dum Thai Drinks, Saychiizu, IceDEA dan Salmon Portion, yang jenama-jenamanya dari Malaysia tetapi akan mempamerkan rasa campuran Thai eksklusif untuk Artbox Malaysia.
Dengan misi untuk menyediakan suatu platform kepada penghasil kreatif, artis dan ahli muzik tempatan untuk menunjukkan bakat mereka, Artbox Malaysia akan menyediakan pentas dengan persembahan muzik secara langsung daripada Maha Jefferey, Ili Ruzanna, Rufus dan banyak lagi yang akan mendendangkan lagu-lagu kepada pengunjung dengan suara lunak mereka yang berlatarbelakangkan suasana malam yang berbintang-bintang di sepanjang hujung minggu itu.
Artbox Malaysia juga dengan bangganya dibawakan oleh foodpanda, platform penghantaran makanan terbesar Malaysia. Semua pilihan makanan dan minuman boleh didapati di aplikasi foodpanda di sepanjang pesta ini berlangsung. Pengunjung boleh mengelak daripada beratur panjang dengan menggunakan ciri baru pengambilan dalam aplikasi ini. Ciri ini akan membolehkan pengunjung untuk membeli makanan dan minuman daripada peniaga di Artbox dan satu pemberitahuan akan keluar apabila makanan mereka telah tersedia, yang seterusnya membolehkan pengunjung mengambil pesanan mereka di barisan pengambilan foodpanda. Selain itu, pengunjung boleh bergembira di zon foodpanda yang dipenuhi aktiviti permainan, aktiviti menyeronokkan dan mengejutkan di sepanjang hari.
Setiap hujung minggu membawakan gaya hidup kreatif unik yang berbeza serta pengusaha fesyen yang membawakan gaya berbeza dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura. Contohnya, kerjasama antara JD Sports x adidas akan membawakan pengalaman permainan yang luar biasa dengan elemen moden. Dengan skrin LED yang tinggi yang mengelilingi kawasan itu, pengunjung boleh mencabar rakan mereka dalam satu perlawanan epik JD King of Trainers: The Game dan berpeluang untuk menang hadiah eksklusif dari JD Sports dan adidas.
Selain itu, Artblocks Tower akan menyediakan pengalaman luar talian hingga ke dalam talian yang melibatkan interaktif di Instagram dan berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif dan hadiah utama dari JD Sports dan adidas apabila anda membuat bentuk Tetris dengan foto menggunakan grid 3x3 Instagram.
Sebagai pasaran kreatif yang menyeluruh, Artbox berharap untuk menyediakan pelbagai pilihan runcit. Pestle & Mortar Clothing, yang berbangga dengan gabungan citarasa tempatan dalam semua rekaan mereka, akan mengeluarkan kapsul barangan Artbox Malaysia eksklusif, ‘Artbox X PMC’ yang terdiri daripada rekaan baru baju-T edisi terhad, beg dan aksesori. Pelawat juga boleh mendapatkan promosi eksklusif dan kejutan apabila mereka berkunjung ke kontena Pestle Mortar Clothing’s di Artbox Malaysia.
Pengunjung boleh menikmati kemasukan percuma ke Artbox Malaysia yang akan berlangsung dari pukul 3 petang-11 malam pada 6 - 8 September dan 13-15 September di Sunway City Outdoor Open Air Carpark. Pastikan anda tidak terlepas maklumat dengan mengikuti saluran sosial Artbox Malaysia untuk semua pengumuman.
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/Artbox_MY/
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/malaysia.artbox/
Laman Web Rasmi: https://Artbox.my
Emel Rasmi: Hello@artbox.my
Tanda pagar Rasmi: #ARTBOXMY2019 #ARTBOXASSEMBLE
Comments
Post a Comment