COWAY MENANGI GANGSA DI ANUGERAH KECEMERLANGAN "IDEA"



Coway terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pakar penjagaan air dan udara terkemuka di negara ini dengan memenangi gangsa dalam kategori ‘Home’ di Anugerah Kecemerlangan Reka Bentuk Antarabangsa 2019 (IDEA) baru-baru ini, dengan penulen air pertama yang dihasilkan khusus bagi memenuhi keperluan rakyat negara ini, OMBAK. 

Direka oleh Hyungjoo Song dan Karam Shin dari COWAY Co., LTD, OMBAK adalah penulen air atas meja pertama dengan kapasiti tangki air terbesar dalam kalangan penulen air Coway Malaysia yang dilengkapi dengan Pensterilan UV yang kekal aktif selama 15 minit walaupun selepas pengekstrakan air telah selesai untuk memastikan air minuman yang bersih sepanjang masa. Ia direka untuk memberi kemudahan kepada pengguna dengan reka bentuknya yang anggun dan canggih serta tetapan suhu-isipadu yang tidak pernah ada sebelum ini sehingga 50 tetapan, memenuhi keperluan khususnya untuk rakyat Malaysia. 

“Kami berbesar hati untuk dianugerahkan gangsa dalam kategori ‘Home’ di IDEA 2019 baru-baru ini. Kami juga sentiasa berusaha untuk tidak hanya memberi perkhidmatan yang terbaik tetapi juga untuk menampung keperluan rakyat Malaysia dan dengan memenangi anugerah ini menerusi OMBAK, ia menunjukkan bahawa kami berada di landasan yang tepat,” kata Encik Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Pengurusan Woongjin Coway (Malaysia) Sdn Bhd. 

Kemenangan tersebut juga menandakan satu lagi kejayaan buat Coway kerana jenama tersebut adalah satu-satunya pakar penjagaan air yang memenangi dalam kategori ‘Home’ melalui jualan penulen air terlaris, OMBAK di IDEA 2019. Ia adalah pilihan mudah yang sesuai bagi jadual seharian rakyat Malaysia yang pantas serta sibuk. Sama ada anda membuat secawan teh tarik yang sempurna pada waktu pagi, memanaskan susu bayi anda atau ingin menikmati mi segera selepas seharian bekerja, OMBAK direka untuk membawa aliran kebaikan dan kemudahan untuk semua orang dengan praktikalnya dan ciri-ciri yang telah dikaji dengan baik. 


“Ia adalah penting bagi kami untuk bukan sahaja memberi produk terbaik tetapi juga meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kepentingan kecemerlangan reka bentuk produk untuk meningkatkan gaya hidup seharian mereka. Kami berasa lebih bermotivasi untuk terus menyediakan rakyat Malaysia dengan produk dan perkhidmatan yang hebat untuk komuniti yang lebih baik dan lebih sihat,” ujar Encik Kyle. 

Diasaskan oleh Persatuan Pereka Perindustrian Amerika (IDSA) dan diketuai oleh sekumpulan pakar pereka bentuk, IDEA meraikan pencapaian reka bentuk perindustrian yang luar biasa dalam pelbagai bidang dan kategori. Program anugerah tahunan ini bertujuan untuk tidak hanya memupuk perniagaan baharu dan menyerlahkan yang sedia ada tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan memahami kecemerlangan dalam reka bentuk perindustrian untuk menyediakan kualiti hidup yang lebih baik dan meningkatkan ekonomi dunia secara keseluruhan. 

Sejak penubuhannya selama hampir empat dekad, IDEA telah berkembang menjadi salah satu anugerah tahunan yang paling berprestij dan amat dijangkakan yang mengumpulkan penghujahan dari kakitangan reka bentuk, pasukan dan pelajar dari seluruh dunia. Selama bertahun-tahun, IDEA berjaya mendedahkan beberapa produk terbaik dengan kepentingan reka bentuk yang luar biasa dan kefungsian untuk orang ramai dan industri yang berkaitan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai OMBAK atau Coway Malaysia, sila layari https://www.coway.com.my

Untuk maklumat lanjut mengenai IDSA dan IDEA, sila layari https://www.idsa.org/IDEA

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"