EUCERIN LANCAR HYALURON-FILLER VITAMIN C BOOSTER
Eucerin memperkenalkan produk penjagaan kulit anti-penuaan terbarunya, Hyaluron-Filler Vitamin C Booster di Sunway Pyramid baru-baru ini. Inovasi ini adalah tambahan terbaru kepada rangkaian Hyaluron-Filler Eucerin dan ia didatangkan dalam pembungkusan inovatif yang membolehkan 10% Vitamin C tulen dalam formula itu diaktifkan secara segar pada penggunaan pertama, dan mengekalkan kuasa penuhnya sepanjang pemakaian.
Dengan kombinasi unik Vitamin C yang diaktifkan secara segar dan Hyaluron yang 40x lebih kecil, kuasa anti-oksidatif yang menakjubkan dalam Eucerin Hyaluron-Filler Vitamin C Booster menyerikan kulit sambil menghilangkan kerutan untuk menjadikan kulit tampak lebih muda dan berseri dan hasil penggunaan produk ini boleh didapati dalam 7 hari.
Isi kandung Vitamin C dalam booster ini adalah 200x lebih tinggi daripada sebiji buah oren. Aktifkan produk ini dengan 3 langkah mudah sahaja: Tekan. Goncang. Tekan. ( Press. Shake. Press )
Langkah 1: Tekan butang lembut Aktifkan serbuk pekatan Vitamin C
Langkah 2: Goncang Goncang dengan sekata untuk mencampurkan serbuk Vitamin C dengan serum yang mengandungi asid Hyaluronik
Langkah 3: Tekan butang lembut sekali lagi untuk menggunakan produk
“Selaras dengan pelancaran eksklusif ini, kami berbangga untuk mengumumkan bahawa booster baru ini adalah produk penjagaan kulit pertama yang mengandungi Vitamin C yang boleh diaktifkan secara segar, hanya didapati di Watsons Malaysia. Kami amatlah gembira untuk bekerjasama dengan Watsons untuk melancarkan inovasi terbaru ini di Malaysia. Dengan sokongan penuh Watsons, kami berharap kerjasama ini akan terus kukuh di masa hadapan bagi produk-produk kami yang akan datang,” kata Ng Hock Guan, Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia & Singapura.
Berkerjasama dengan rakan dagangan utama Eucerin — Watsons , majlis pelancaran ini memberi peluang kepada tetamu untuk mengalami sesi analisis kulit yang eksklusif sambil menikmati juadah yang diinspirasikan oleh Vitamin C di Radiance Booster Bar.
“Vitamin C memberikan pelbagai manfaat, daripada menigkatkan kesihatan sehingga membawakan kesejahteraan kepada kulit. Watsons bekerjasama rapat dengan satu daripada rakan strategik kami iaitu Eucerin. Jenama ini memperkenalkan produk revolusi seperti Eucerin Hyaluron-Filler Vitamin C Booster. Kami percaya bahawa produk ini akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan juga mengekalkan Watsons sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan utama di negara ini,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.
Bersempena dengan pelancaran ini, Eucerin menjemput Pauline Tan (Pelakon & naib johan Miss Universe Malaysia 2015) untuk mengongsi maklumat mengenai peranan utama Vitamin C dalam rutin penjagaan kulitnya bersama-sama dengan Dr. Chng Chin Chwen, seorang juruperunding dermatologi dari Pusat Perubatan Subang Jaya. Turut sama dalam sesi pengkongsian itu adalah Eve Goh, Pengurus Pemasaran Eucerin, untuk memberi maklumat lanjut mengenai produk yang baru dilancarkan itu.
“Vitamin C adalah anti-oksidan yang mujarab yang dapat meneutralkan radikal bebas. Dengan kandungan asid yang tinggi, apabila kita menggunakan Vitamin C secara topikal, kulit akan tercetus untuk menyembuh sendiri dengan mempercepatkan pengeluaran kolagen dan elastin. Oleh itu, dalam membantu menggalakkan pengeluaran kolagen, penggunaan Vitamin C secara topikal akan membantu mencegah penuaan pra-matang. Kita juga tidak dapat menghasilkan Vitamin C di dalam badan secara organik, oleh itu, kita perlu menggunakan Vitamin C dalam rutin harian kita sama ada secara oral atau topikal,” kata Dr. Chng Chin Chwen.
“Untuk mendapatkan hasil yang terbaik daripada Vitamin C, ia perlulah diaktifkan secara segar kerana ia akan melalui proses kereputan apabila terdedah kepada oksigen. Bagi asid Hyaluron bermolekular rendah yang boleh didapati dalam Eucerin Hyaluron-Filler Vitamin C Booster yang baru ini, ia menembusi ke dalam epidermis dan menggantikan lembapan untuk jangka masa panjang dan membantu menghilangkan kerutan sambil menghidratkan kulit,” tambahnya.
Berkongsi pengalamannya dengan produk baru itu, Pauline Tan menambah, “Saya menggunakannya dua kali sehari, kerana ia sungguh mudah dan praktikal, bersama-sama dengan rangkaian Hyaluron-Filler oleh Eucerin. Selepas saya menambah booster Vitamin C dalam rutin harian, saya dapat melihat hasil wajah yang lebih berseri, kerutan halus di muka juga semakin hilang dan saya kelihatan lebih muda. Hasil ini amatlah memuaskan, terutamanya ketika jadual saya amat sibuk.”
Bagi menambah keterujaan, Pauline membuat demonstrasi 3 langkah mudah untuk mengaktifkan secara segar produk baru ini dengan semua tetamu di acara itu.
Eucerin Hyaluron-Filler Vitamin C Booster boleh didapati di semua Gedung Watsons di seluruh negara, dan didatangkan dalam pek tunggal 1 x 8ml, RM 59 (di Gedung dalam talian Watsons di www.watsons.com.my ) dan pek bertiga 3 x 8ml, RM 199 (di gedung runcit Watsons).
Untuk maklumat lanjut mengenai Eucerin Hyaluron-Filler Vitamin C Booster, sila layari laman web rasmi Eucerin Malaysia di www.eucerin.my atau laman Facebook rasmi di www.facebook.com/EucerinMY .

Comments
Post a Comment