GEGAR TAWAR RM5000 MENERUSI TUKANG KARUT GEGAR DEEJA



Tukang Karut GEGAR DEEJA dibawa khas oleh jenama radio GEGAR, Permata Pantai Timur, untuk peminat-peminat merebut peluang keemasan dalam menonjolkan bakat seni dikir barat bermula sekarang sehingga 11 September 2019. 

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 hingga 34 tahun. Peserta hanya perlu muat naik video persembahan tukang karut yang berdurasi 60 saat (maksima) di laman sosial Instagram bersertakan tanda pagar (hashtag) #TukangKarutGegarDeeja di ruangan kapsyen dan pastikan tetapan akaun Instagram adalah “awam (public)”.

Individu yang disenarai pendek akan di hubungi untuk menghadiri uji bakat bersama juri di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Majlis kemuncak yang akan berlangsung pada 20 September di Kelantan kelak, menampilkan Sabri Yunus dan Eddie Hamid selaku juri pertandingan. 

Di peringkat akhir, empat individu yang menunjukkan persembahan terbaik akan memenangi sebahagian wang berjumlah RM5,000. Juara keseluruhan akan membawa pulang RM3,000 bersama trofi kemenangan dan menjadi artis rakaman bersama Eddie Hamid Entertainment. Tempat kedua and ketiga masing-masing membawa pulang RM2,000 dan RM1,000. Manakala, hadiah saguhati bernilai RM500 diberikan kepada peserta yang terpilih. 

Maklumat lanjut tentang Tukang Karut GEGAR DEEJA dan kempen-kempen boleh didapati menerusi www.gegar.my 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM