GSC PERKENAL PAWAGAM "SCREEN X" DI 1UTAMA



Meneruskan invovasi untuk membawakan pengalaman baharu kepada penggemar filem, Golden Screen Cinemas (GSC) telah melancarkan layar 270-darjah yang diberi nama ScreenX secara eksklusif di pusat membeli-belah 1 Utama. 


Pawagam "ScreenX" menampilkan teknologi baharu untuk melebarkan pemandangan babak-babak menarik di dalam filem ke dinding kanan dan kiri auditorium. Ini memberikan kepuasan menonton yang imersif di mana penonton akan merasai seperti dalam filem tersebut kerana dikelilingi dengan skrin.


Selain daripada format skrin 270-darjah, pawagam ScreenX juga menampilkan tempat duduk eco-leather yang lebih empuk dan selesa berbanding dengan pawagam-pawagam biasa. Tiket untuk ScreenX adalah berharga RM29.


Pada masa akan datang ScreenX akan dibawakan ke dua lokasi baru dalam tahun 2020. 


Untuk maklumat lanjut ScreenX, ikuti GSCinemas di Facebook, Twitter, or Instagram atau layari www.gsc.com.my

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2

SENTUHAN KASIH “SUPER MUMMY” WANY HASRITA: SELAMI REALITI INDAH DUNIA KEIBUAN MENERUSI OH MUMMY!+ MULAI 5 JULAI INI