GUARDIAN LANCAR KEMPEN "RESPONSE TO REVERSE"



Program ‘Balance for Better’ yang dianjurkan oleh Guardian Malaysia bersempena dengan Hari Wanita telah menghasil impak yang positif, oleh itu wujudnya usaha berterusan kepada misi memperkasa para wanita dengan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan dan penyakit. 

Guardian Malaysia telah melancarkan kempen kesedaran kanser ‘Respond to Reverse’ dari Julai ke September 2019 untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap ancaman kanser demi memastikan masa depan para perempuan cerah, saksama, selamat, dan memuaskan. 

Sepanjang bulan September 2019, satu peratus daripada jumlah jualan dalam laman web Guardian dari jenama Guardian serta jenama yang menyertai kempen ini seperti Beyoutiful, Botaneco Garden, derma365, Happy Mask, dan Nature’s Heart akan diderma kepada Cancer Research Malaysia dan juga Locks of Hope Association demi mewujudkan perubahan terhadap kanser, mewujudkan kesedaran terhadap kanser, menyokong kerja penyelidikan kanser dan membantu pesakit-pesakit kanser. 

Tambahan pula, untuk menggalakkan orang ramai menghargai keindahan mereka tersendiri, pelanggan yang membeli barangan dari jenama yang menyertai kempen ini dimana jumlah pembelian mereka berjumlah RM40 ke atas di mana-mana cawangan Guardian di Malaysia sepanjang bulan tersebut akan mendapat beg kanvas percuma sementara stok masih ada. 

Keputusan untuk menyumbang kepada usaha penyedaran kanser dilaksanakan kerana penyakit kanser merupakan penyakit yang boleh menggugat nyawa seseorang, terutama lagi pada para wanita. Pada ceramah yang diadakan barubaru ini bersempena dengan Hari Kanser Sedunia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa kanser sekarang adalah punca kematian kedua terbesar di kalangan rakyat Malaysia. 

Terdapat kira-kira 37,000 kes kanser yang baru didiagnosi setiap tahun, dan angka tersebut dijangka akan meningkat kepada lebih daripada 55,000 kes pada tahun 2030. Tiga jenis kanser yang kerap dihadapi oleh kaum wanita adalah kanser payudara (32.1%), kanser kolorektal (10.7%) dan kanser serviks (7.7%). 

Ini menunjukkan keperluan untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kanser di Malaysia kerana dianggarkan bahawa 60% peramalan menghidap kanser di kalangan pesakit di Malaysia hanya dikesan pada peringkat lanjut, ini boleh menyebabkan kebarangkalian penyakit ini untuk dirawat adalah agak rendah. Kanser tidak semestinya dianggap sebagai jalan buntuh, kita boleh meningkatkan kadar survival di kalangan pesakit kanser jika kita boleh mengesan gejala-gejala kanser pada peringkat awal. 

Untuk kempen ini, Guardian Malaysia akan berkoloborasi dengan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan kanser di Malaysia, iaitu Cancer Research Malaysia serta Locks of Hope Association. 

Cancer Research Malaysia ditubuhkan dengan tujuan penyelidikan kanser untuk mencari rawatan untuk kanser dengan matlamat menolak cengkaman kanser terhadap kehidupan khalayak ramai. Dengan menolak batasan teknologi, pihak mereka juga akan memastikan rawatan kanser tersedia untuk semua warga Malaysia. 


Locks of Hope Association ditubuhkan untuk menujukan kesan sampingan traumatik keguguran rambut dalam proses rawatan kanser. Pertubuhan tersebut mengutip derma rambut daripada rakyat Malaysia kemudian dijadikan rambut palsu untuk diderma kepada pesakit kanser. 

Dalam masa yang sama, Guardian Malaysia juga akan menjalinkan kerjasama dengan salun Number76 dari bulan Julai hingga Oktober untuk mengumpul rambut asli di kesemua cawangan meraka di seluruh Malaysia dan kemudian diderma kepada Locks of Hope untuk tujuan menghasilkan rambut palsu untuk pesakit cancer. 

Untuk menyokong objektif kempen ini dengan lebih mendalam, Guardian Malaysia juga akan berganding tenaga dengan Cancer Research Malaysia untuk menganjurkan ceramah “Reversing Cancer Workshop” mengenai topik kanser di Pusat Perubatan Subang Jaya untuk meningkatkan kesedaran untuk khalayak ramai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING