LEBIH RAMAI PESAKIT DIABETES MAUT AKIBAT PENYAKIT KARDIOVASKULAR

From left: Prof. Dr Chee Kok Han, Senior Consultant Cardiologist at University Malaya Medical Centre (UMMC); Siah Guan Jian, President of Malaysian Diabetes Educators Society (MDES) and Principal Diabetes Educator at Institut Jantung Negara (IJN); Dr Zanariah Hussein, President of Malaysian Endocrine and Metabolic Society (MEMS) and Consultant Endocrinologist at Hospital Putrajaya; Ung Liew Ean, General Manager of Boehringer Ingelheim Malaysia & Singapore

Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia, Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) bersama dengan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES), disokong oleh Boehringer Ingelheim, hari ini melancarkan Kempen For Your Sweetheart, sebuah kempen pendidikan dan kesedaran yang bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai penyakit kardiovaskular yang berkaitan dengan diabetes. 

Di Malaysia, lebih daripada 3.5 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan jumlah ini dijangka akan meningkat kepada 7 juta menjelang tahun 2025. Kebanyakan orang ramai, terutamanya pesakit diabetes, tahu bahawa diabetes boleh menyebabkan komplikasi lazim seperti penyakit buah pinggang, amputasi anggota badan, dan masalah penglihatan. 

Namun, masih ramai yang tidak peka bahawa pesakit diabetes berisiko empat kali ganda diserangi penyakit kardiovaskular. Jika dibiarkan berterusan, paras gula dalam darah boleh merosakkan saluran darah dan saraf yang mengawal jantung dan saluran darah. Semakin lama seseorang menghidap diabetes, semakin tinggi risiko mereka diserang penyakit kardiovaskular5. 

“Perbincangan tentang komplikasi lazim diabetes tidak lagi mencukupi. Kira-kira 50.3% kematian dalam kalangan pesakit diabetes adalah akibat penyakit kardiovaskular. Isu ini harus ditekankan kepada orang ramai dengan segara. Menerusi kempen For Your Sweetheart, kami ingin mendidik orang ramai, terutamanya mereka yang menghidap diabetes, mengenai hubungan antara diabetes dan penyakit kardiovaskular,” menurut Dr Zanariah Hussein, Presiden MEMS dan Perunding Endokrinologi di Hospital Putrajaya. 

Pesakit diabetes boleh diserang penyakit kardiovaskular pada usia lebih muda, jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai diabetes5. Namun, kesedaran mengenai penyakit kardiovaskular berkait diabetes masih rendah dalam kalangan orang ramai. Orang ramai, termasuklah mereka yang menghidap diabetes tidak tahu bahawa penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian dalam kalangan pesakit diabetes. 

“Jurang kesedaran dan pemahaman tentang hubungan antara diabetes dan penyakit kardiovaskular sangat nyata dalam kalangan rakyat Malaysia. Maka wujudnya keperluan pendidik diabetes seperti kami. Peranan kami dalam pengurusan diabetes adalah untuk mendidik pesakit diabetes tentang risiko penyakit kardiovaskular dan cara-cara melindungi jantung mereka bagi mencegah komplikasi yang lain. Menerusi Kempen For Your Sweetheart, kami menggalakkan pesakit diabetes untuk berbincang dengan pendidik diabetes untuk memahami keadaan mereka dengan lebih lanjut dan mempelajari cara-cara menjaga kesihatan jantung mereka, kata Cik Siah Guan Jian, Presiden MDES dan Ketua Pendidik Diabetes di Institut Jantung Negara (IJN). 

Pengurusan dan kawalan diabetes melibatkan pendidikan mendalam serta rawatan perubatan. Landskap rawatan diabetes sudah banyak berubah menjadi lebih baik sejak tahun-tahun dahulu dan kini menawarkan lebih banyak pilihan rawatan. 

“Di Malaysia, kira-kira separuh daripada pesakit jantung juga menghidap diabetes dan mereka juga terdedah sebanyak dua kali ganda kepada risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. Dengan itu, ia amatlah penting bagi pesakit diabetes untuk mengawal paras gula dalam darah, tekanan darah dan kolesterol mereka. Menerusi kemajuan dan pelbagai pilihan rawatan baru yang dikecapi dalam dunia perubatan, pesakit diabetes boleh mengawal paras gula dalam darah dan kurangkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dengan lebih berkesan,” ujar Professor Dr Chee Kok Han, Perunding Kanan Kardiologi di Pusat Perubatan Universiti Malaysia dan Profesor di Universiti Malaya. 

Laman web kempen (foryoursweetheart.my), yang merupakan komponen utama bagi kempen ini, boleh dikunjungi orang ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang diabetes dan penyakit kardiovaskular. Laman web ini boleh diakses menerusi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. 

MEMS dan MDES juga telah menjalankan satu kajian sosial bagi menguji tahap pengetahuan rakyat Malaysia tentang hubungan antara diabetes dan penyakit kardiovaskular. Video kajian sosial ini boleh ditonton di laman web kempen. Selain itu, kisah dua orang pesakit diabetes yang memaparkan situasi berbeza turut dimuat naik bagi tontonan ramai. 

Kempen For Your Sweetheart juga mendapat sokongan daripada Fatimah Abu Bakar, pelakon serta bekas wartawan; Sharifah Aryana, pelakon, dan penerbit; dan Sharifah Amani, pelakon, penulis, dan pengarah, di mana mereka akan menyebarkan mesej kempen ini di media sosial mereka. 

Poster kempen dan risalah dalam tiga bahasa akan dipamerkan dan diedarkan di klinik dan hospital. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan penyakit kardiovaskular berkait diabetes, layari foryoursweetheart.my.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO