‘M FOR MALAYSIA’, SEBUAH KISAH HARAPAN DAN PERPADUAN



Pilihan Raya Umum Ke-14 telah terungkap dalam fikiran kita sebagai hari yang bersejarah di Malaysia. "M for Malaysia" menceritakan tentang pembentukan yang tidak dijangka oleh pihak pembangkang terdahulu dengan kemenangan yang julung kalinya dikecapi oleh mereka. Penonton diberikan akses secara eksklusif kepada peristiwa bersejarah itu. Ia menekankan pembentukan demokrasi yang tulen, di mana kuasa diletakkan kembali dengan sepenuhnya kepada rakyat yang diketuai oleh seorang lelaki berusia 93 tahun yang akan bergelar Perdana Menteri buat kali kedua. 

Dengan tayangan dijadualkan untuk 4 hari di 37 pawagam seluruh negara, rakyat Malaysia boleh mengimbas kembali detik-detik mendebarkan apabila kerajaan yang mentadbir negara selama 61 tahun digulingkan oleh 82.32% jumlah pengundi. Dokumentari ini telah menerima sambutan yang menggalakkan di pelbagai lokasi antarabangsa selepas tayangan perdananya di CAAMFest In SAN Francisco, DocEdge di New Zealand dan Oktober ini di Festival Filem Antarabangsa Busan iaitu festival filem terbesar di Asia. 

Dari kiri - Dian Lee, Ineza Roussille, Marina Mahathir, Ruby Yang, Rendra Zawawi

Diarahkan dan diterbitkan oleh Dian Lee dan Ineza Roussille, bersama Marina Mahathir selaku Penerbit Eksekutif dan Ruby Yang sebagai Penerbit Kreatif, "M for Malaysia" meraikan kejayaan rakyat Malaysia mengatasi dan menangani gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Rakaman yang belum pernah dilihat dalam "M for Malaysia" ditambah lagi nilainya dengan skor asal yang dramatik oleh komposer yang berpangkalan di Los Angeles, Rendra Zawawi dan lagu runut asal bertajuk 'Bermula Kita' menampilkan Yuna selaku penyanyi utama. Filem ini dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk memperingati kekuatan dan ketabahan warga Malaysia. 


Penjualan tiket di pawagam bermula pada 9 September. Untuk maklumat lanjut tentang M for Malaysia, layari: mformalaysia.com





Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM