PENJAGAAN RAMBUT HAIR RECIPE DENGAN TEKNOLOGI NUTRIBLEND



Saban hari semakin ramai pengguna di serata dunia memilih produk organik kerana ereka prihatian akan kesihatan, kualiti dan khasiat produk yang mereka gunakan. Trend ini juga ketara di dalam produk penjagaan rambut di mana pengguna lebih cenderung untuk mendapatkan produk dengan ramuan semula jadi di dalam formulasi syampu dan produk rawatan rambut.



Menyedari permintaan pengguna untuk ramuan semulajadi, rangkaian penjagaan rambut Hair Recipe dengan teknologi NutriBlend™ yang baharu telah dilancarkan ke pasaran Malaysia oleh Procter & Gamble dengan sokongan Watsons Malaysia. Rangkaian produk yang ditawarkan merangkumi syampu, perapi, dan masker yang mengandungi kebaikan DIY (Do-it-yourself) produk penjagaan rambut organik dengan adanya teknologi NutriBlend™ yang inovatif.

Dicipta bersama oleh pakar nutrisi Jepun, teknologi NutriBlend™ menggunakan proses mengesktrak khasiat semulajadi yang khusus di mana ekstrak semulajadi diadunkan ke dalam ramuan formulasi dengan kepantasan dan suhu yang tepat untuk menghasilkan resipi muktamad untuk rambu yang lebih sihat. Seluruh rangkaian Hair Recipe juga bebas daripada ramuan-ramuan yang memudaratkan seperti parabens, gluten and mineral oil.



Sempena pelancaran Hair Recipe, chef selebriti KC Choong dan saintis kanan penjagaan rambut P&G Asia Pasifik, Saint Tiu turut berkerjasama dalam sesi demonstrasi untuk menghasilkan “resipi terbaik” untuk menjaga rambut menggunakan ramuan Hair Recipe.

Rangkaian syampu dan perapi Hair Recipe boleh didapati dalam tiga varian iaitu Honey & Apricot, Kiwi & Fig, Apple & Ginger (530ml) and Honey & Apricot mask (180g), dengan harga RM34.80.


Dapatkan produk Hair Recipe baharu di  watsons.com.my atau melalui Mobile App,  muat turun di Google Play Store atau App Store. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman Facebook Hair Recipe Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN