MI UDANG KARA TERBAIK DI PUSAT MAKANAN LAUT PASIR PUTIH (BARU)



Terletak di persisiran Laut Sulu, Sandakan memang terkenal dengan makanan laut yang segar dan berkualiti. Jadi, jika anda ke Sandakan, pastikan anda mencuba makanan laut di sini. Pusat Makanan Laut Pasir Putih (Baru) adalah salah satu restoran makanan laut yang popular di Sandakan. Ia menawarkan pelbagai hidangan ala-Cina yang pastinya akan menambat selera anda!

Hidangan yang wajib dicuba di restoran ini adalah Yee Mee Udang Kara. Yee mee yang rangup sirami kuah udang kara yang lazat! Udang kara yang manis dan segar. Hidangan ini lebih sedap jika anda biarkan kuah meresap seketika ke dalam yee mee. Anda boleh gantikan udang kara dengan udang besar, untuk menjaga bajet travel anda.  

Antara makanan lazat lain yang harus dicuba di sini adalah Salt-baked Crab atau Ketam Bakar Bergaram. Hidangan yang ringkas tetapi enak dimakan ini akan membuatkan anda menjilat bibir dan jari. Memang terbaik!

Menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah di tepi pantai

Nikmati bayu laut di restoran terbuka sambil makan. 

Yee Mee Udang Kara - Yee Mee yang rangup dan disirami kuah dan isi udang kara yang segar dan manis.

Ikan Kerapu Kukus Daun Bawang - isi ikan yang lembut dan segar dikukus dengan sempurna. 

Ayam kukus brokoli - satu alternatif kepada makanan laut

Udang  Rebus - segar dan lazat, dihidangkan dengan kuah cicah istimewa.

Ketam Bakar Bergaram - resepi yang ringkas tetapi sedap! 

Sotong masak kicap


Jika makanan laut adalah kegemaran anda, jadikan Pusat Makanan Laut Pasir Putih (Baru) suatu destinasi wajib dalam jadual percutian anda. Makanan laut yang segar dan cara masakan yang ringkas tetapi enak menjadikannya antara restoran yang terbaik di Sandakan! Jom! 

Pusat Makanan Laut Pasir Putih (Baru)
Mile 2 1/2, Jalan Batu Sapi,
PO Box No. 2251,
90725 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-612863
HP: 013-8869888, 012-8175828

Nota: Gambar-gambar untuk artikel dengan watermark "Shot on RMX1971" dihasilkan oleh Telefon Pintar Realme #LeapToQuadCamera.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA