HIDANGAN ENAK DI RESTORAN DOVIST, LAHAD DATU, SABAH



Restoran Dovist adalah salah satu restoran yang menjadi tumpuan ramai di Lahad Datu. Kami singgah di restoran ini selepas 2 jam perjalanan dari Tawau untuk ke Tabin Wildlife Resort. 

Makanan yang dipesan adalah Filet Ikan Masam Manis, Four Season Beans, Ayam Masak Lemon dan Sup Jagung Manis. Kami merasa gembira kerana tidak perlu menunggu lama untuk masakan dihidangkan, Maklumlah semua sudah lapar. Khidmat dan layanan di restoran ini adalah cepat dan mesra. Kos seorang adalah kira-kira RM26.50 termasuk teh Cina free-flow.

Restoran Dovist terbahagi kepada dua - ruang makan luar dan ruang makan berhawa dingin.

Aneka makanan laut seperti kepah, siput, ikan dan sebagainya boleh didapati dengan segar di Restoran Dovist

Restoran ini juga terkenal dengan Nasi Ayam di kalangan penduduk Lahad Datu


Filet Ikan Masak Masam Manis - Sungguh membuka selera. Sesuai dimakan panas-panas dengan nasi putih.

Four Season Beans - Hidangan signatur Restoran Dovist yang mengandungi empat jenis kekacang sebagai ramuan utama iaitu - kacang bendi, kacang panjang, kacang Perancis dan kacang botol, digoreng tepung dan kemudian disirami sos kicap.

Ayam Masak Lemon (Lemon Chicken) - Ayam tanpa tulang digoreng garing dan disirami sos lemon yang masam-masam manis.




RESTORAN DOVIST
Alamat: MDLD 3811, Lot 73, Fajar Centre, Jalan Segama, 91100 Lahad Datu
Tel: 089-889033
Waktu Operasi: 6 pagi - 11 malam

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT

ELDON, JENAMA PHARM-D HEALTH SCIENCE, METERAI KERJASAMA DUTA JENAMA DENGAN SELEBRITI CHAN FONG AND HENLEY HII, RAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS