RESTORAN NAKED - ANEKA PIZZA & MAKANAN BARAT YANG LAZAT
We're NAKED. We're Creative. We're Passionate.
Begitulah slogan restoran yang terletak di Plaza Damas ini. Walaupun namanya boleh mengundang kontroversi, tetapi sebenarnya Naked adalah pengalaman gastronomi yang hebat. Naked membawakan beraneka hidangan Barat dan tempatan yang lazat dengan sentuhan chef-chef beragama Islam yang diketuai oleh Chef Mohd Azlan Bin Mat Din (gambar di atas).
Hiasan dalaman yang menampilkan James Bond dalam filem Goldfinger pasti mengundang bicara. |
Suasana yang selesa dan cosy menjadikan Naked satu pilihan destinasi yang sesuai untuk bersantai bersama rakan-rakan selepas waktu pejabat. |
Menu Restoran Naked menawarkan aneka hidangan Barat yang merangkumi pembuka selera, sup, salad, pizza, hidangan utama sehinggalah ke manisan pencuci mulut. |
Aneka pizza hangat dari harga RM30 sehingga RM55. |
HARUS DICUBA: Hot Wing (RM28) - kepak ayam yang diperap dengan air garam (brine) sebelum digoreng sehingga kuning keemasan dan dihidangkan dengan sos pedas Asia. |
Pepperoni Pizza (RM36) - Pizza dengan topping sosej daging lada sulah. |
Fruitti de Mare Pizza (RM42) - pizza dengan topping makanan laut campur dan salad roket. |
Naked House Pizza (RM45) - Hidangan signatur Restoran Naked. Diperbuat daripada dada ayam panggang ala Cajun, jeruk jalapeno, bawang dan cendawan. |
Smoked BBQ Chicken Pizza (RM40) - Topping dada ayam panggang, nenas, bawang merah, lada paprika dan sos BBQ. |
Chef Mohd Azlan Bin Mat Din sentiasa memastikan yang ramuan yang digunakan di Restoran Naked adalah halal dan segar. Jadi, jamulah selera anda tanpa was-was di Restoran Naked. |
NAKED Restaurant & Bar
Alamat: Block E-0-2 & E-1-2, Plaza Damas
No. 6, Jalan Hartamas 1,
Taman Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.
Telefon: 03 – 6206 1623
Emel: naked@nakedrestaurantkl.com
Waktu Operasi: 10pagi – 11malam
Laman Web: http://nakedrestaurantkl.com
Facebook: https://www.facebook.com/NKDRestaurantKL/
Petunjuk arah: Jika anda datang dari dalam Pusat Membeli-belah Hartamas, keluar dari pintu bersebelahan dengan Starbucks dan menghala ke kiri. Restoran Naked berada di lot hujung banguan yang di seberang jalan.
Comments
Post a Comment