SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 'A CUT ABOVE' MERIAH



Kumpulan salon dandanan rambut terkemuka negara, A Cut Above, meraikan ulang tahun ke-40 penubuhannya dengan penuh bergaya menerusi penganjuran sebuah persembahan muzikal gala merangkap pementasan fesyen dandanan dan kecantikan rambut.


Bersesuaian dengan tema “Dandanan Rambut Bertemu Seni”, seramai 600 tetamu dipersembahkan dengan pameran seni menampilkan 20 boneka model yang dipakaikan fesyen dari dekad 1970-an sehingga 2000-an, sebelum dibawa ke dewan perdana untuk menyaksikan acara epik kemuncak malam berkenaan - sebuah pertunjukan fesyen dandanan rambut yang dipimpin sendiri oleh pengasas ikonik A Cut Above, Datin Winnie Loo. 


Pertunjukan fesyen dandanan rambut yang dibahagikan kepada empat segmen itu merupakan pementasan muzikal yang menceritakan perjalanan kehidupan Datin Winnie, dari zaman kanak-kanak dan remaja sehingga ke alam percintaan serta kejayaan dalam kariernya. 


Pertunjukan itu juga merangkumkan evolusi A Cut Above, yang telah diasaskan oleh Datin Winnie semasa beliau berusia semuda 23 tahun di Wisma MPI, Bukit Bintang, Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Wisma MPL). Ia merupakan satu langkah berani lantaran usahawan wanita adalah sesuatu yang asing pada era 1970-an. 


Pada hari ini, A Cut Above telah pun memiliki lima cawangan dan sebuah akademi. Kumpulan itu juga mempunyai dua jenama lain di bawahnya iaitu Restyle, yang mempunyai empat cawangan, dan X-Cut, yang memberi tumpuan kepada potongan rambut yang pantas. 


"Ramai yang bertanya mengapa kami mengehadkan perkembangan kami? Memang mudah untuk membuka sebuah cawangan baharu setiap tahun secara francais. Bagaimanapun, kami mahu mempunyai kawalan penuh terhadap kualiti. Kami juga mahu memastikan hanya bakat terbaik sahaja menawarkan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan-pelanggan kami. Perkara ini sememangnya menjadi prinsip utama A Cut Above,” kata Datin Winnie. 


Model-model bagi setiap segmen dalam pertunjukan fesyen dandanan rambut ini digayakan oleh Pengarah-Pengarah Kreatif A Cut Above, Faevien Yee dan Joe T’ng, serta Penggaya-Penggaya Rambut Kanan, Dicksum Low and James Wong.









“Kami ingin terus membangunkan dan memberi pendedahan kepada bakat-bakat dalam kumpulan kami, yang mana banyak daripada mereka telah memenangi anugerah-anugerah individu,” kata Datin Winnie. 


Di samping itu, walaupun Datin Winne berterusan mendandan di atas permintaan pelangganpelanggan setianya selama 40 tahun, beliau telah pun secara berperingkat-peringkat menyerahkan baton kepemimpinan kepada anaknya, Marcus Teo, sejak lima tahun yang lalu. 


“Saya akan terus mendandan kerana pelanggan-pelanggan setia saya, yang kini merupakan sahabatsahabat saya, meminta saya untuk meneruskan. Perkara ini sama juga kepada ramai pendandan kami yang telah membentuk hubungan erat berpanjangan bersama para pelanggan sehingga mampu memberi nasihat-nasihat fesyen secara peribadi kepada setiap individu.” 

“Dalam soal perniagaan, suami saya, Dato' Richard Teo dan saya telah pun banyak menyerahkan urusan operasi kepada Marcus. Beliau secara diam-diam telah banyak melakukan kerja-kerja di belakang tabir dan hari ini, saya secara terbuka ingin memberikan penghargaan di atas segala usahanya,” katanya lagi. 


Dalam pada itu, Marcus mengakui bahawa tugas untuk mengangkat legasi ibu bapanya merupakan satu tanggungjawab yang berat kerana mereka telah membina jenama tersebut bermula daripada kosong sehingga berjaya. 

“Kami akan meneruskan evolusi jenama kami dan pada masa yang sama, kekal mengikuti peredaran trend fesyen yang pantas. Dalam melakukan invonasi, kami juga sedar mengenai keperluan untuk menjadi mampan kerana kami telah menyaksikan banyak salon yang berkembang terlalu pantas tetapi akhirnya ditutup dengan cepat juga.”

“Kami telah berjaya bertapak kukuh selama 40 tahun kerana nilai-nilai utama kami adalah menyediakan perkhidmatan dan produk premium yang berkualiti di samping kekal mengikuti trend fesyen terkini. Ini merupakan nilai-nilai yang telah ditanam dalam kumpulan kami, yang mana ramai dalam kalangan mereka merupakan graduan Akademi A Cut Above,” kata Marcus.


Tambah beliau, kumpulannya mempunyai perancangan lima tahun untuk menambah satu lagi cawangan A Cut Above, dan enam lagi cawangan Restyle, bagi menjadikan jumlah keseluruhan masingmasing adalah enam cawangan dan 10 cawangan. Marcus juga merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan korporat termasuk L’Oreal Professional, Aveda, Keratase, CIMB Bank, The Botanist, ghd dan Balmain, yang telah tampil sebagai penaja pada sambutan ulangtahun ke-40 berkenaan. 

Selain itu, penaja-penaja lain ialah Milbon, Schwarzkopf, Shiseido, Joico, International Beauty Health and Education Association (IBHEA), Muk, Sisley, Dama Orchestra, Bravo Events & Entertainment dan Tag Booth. 


Bagi memeriahkan sambutan ulangtahun ini, A Cut Above juga mengadakan promosi sepanjang bulan September ini, dengan para pelanggan ditawarkan potongan sehingga 40 peratus atau RM40 terhadap produk dan perkhidmatan terpilih. Tawaran ini termasuk 40 peratus kepada mana-mana rawatan Signature atau Grandeur pada hari Isnin, dan potongan RM40 untuk perkhidmatan Indulgence Treatment pada hari Jumaat dan Ahad. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://acutabove.com.my/promotions/.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI