Siapa pernah makan Tart UFO? Tempat asal tart manis ini adalah Sandakan! Jadi, sesiapa yang berkunjung ke Sandakan, jangan lupa untuk mencuba kudapan istimewa di sini. San Da Gen Kopitiam adalah salah satu tempat yang anda boleh dapatkan Tart UFO ini. Selain daripada Tart UFO, San Da Gen juga terkenal dengan beberapa kudapan lain seperti Roti Bakar Lava Telur Masin, Puff Berkrim Durian dan Puff Berkrim Avocado.
|
Kopitiam ini terletak di bangunan yang sama dengan Nak Hotel di tengah-tengah bandar Sandakan. |
|
San Da Gen menawarkan hidangan "kopitiam" seperti roti bakar, nasi lemak, nsi kerabu dan sebagainya yang diberi sentuhan moden. |
|
Ruang dalaman kopitiam ini menampilkan suasana era tahun 60-an dengan gandingan dekor kontemporari. |
|
Rak-rak dihias dengan tin-tin biskut klasik yang mengimbau nostalgia. |
|
Kereta tunda atau lancha tradisional yang boleh digunakan sebagai prop bergambar. |
|
Rak-rak di dinding dipenuni risalah-risalah berguna untuk pelancong-pelancong ke Sandakan dan Sabah. |
|
Mesti cuba - Tart UFO di San Da Gen. |
|
Tart yang comel ini mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai piring terbang/ UFO. |
|
Bahagian bawah tart ini berasaskan kek nipis perisa vanila, berintikan kastard telur yang dikelilingi gula meringue. Sesuai dinikmati bersama secawan kopi-O yang mengimbangi rasa pahit kopi dengan rasa bergula Tart UFO. |
|
Salted Egg Lava Toast - Roti Bakar Berintikan Lava Telur Masin, dihidangkan bersama seketul kecil mentega dan madu. |
|
Lava telur masin yang lemak berkrim mengalir keluar apabila roti ini dipotong. Sedap!!!! |
|
Puff berkrim avocado. Puff yang mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam mengecurkan air liur. |
|
Puff berintikan krim avocado yang lembut dan cair di dalam mulut. |
|
Puff Berkrim Avocado - salah satu makanan mesti cuba di San Da Gen |
|
Puff Berkrim Durian - untuk penggemar durian! Inti krim diperbuat daripada durian kampung asli. |
|
Tidak lokek dengan krim durian yang harum semerbak. |
|
San Da Gen menawarkan pelbagai minuman panas dan sejuk ala-kopitiam. Untuk menghilangkan haus, kami rekomen Minuman Cincau yang diperbuat daripada jeli cincau homemade yang sejuk nyaman. |
|
Kopitiam ini memang popular dengan pelancong-pelancong. Jadi, masa menunggu bergantung kepada jumlah pengunjung yang datang! |
San Da Gen Kopitiam harus dikunjungi jika anda berada di Sandakan. Ia membawakan citarasa tradisional dalam suasana nostalgia dengan sentuhan kontemporari.
San Da Gen Kopitiam
Alamat: Jalan Pelabuhan Lama, 9000, Sandakan, Sabah (Di bangaunan Nak Hotel)
Waktu operasi: 8 pagi - 5 Petang
Telefon: 089-238 988
Laman Facebook:
www.facebook.com/TasteSanDaGen/
Nota: Gambar-gambar untuk artikel ini dengan watermark "Shot on RMX1971" dihasilkan oleh Telefon Pintar Realme #LeapToQuadCamera.
Comments
Post a Comment