SEPET THE MUSICAL BAKAL DIPENTASKAN DI GMBB



Liver & Lung Productions menyajikan adaptasi filem ikonik Yasmin Ahmad, Sepet. Sepet The Musical adalah adaptasi pentas karya agung Yasmin Ahmad yang merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah sinematik Malaysia. 

Variasi tema yang diangkat bersama oleh Yasmin dilihat masih kekal relevan untuk kita semua walau sudah 14 tahun berlalu ketika pertama kali kemunculannya. Dengan menggunakan muzik dan lirik Malaysia yang asli, Sepet The Musical memberikan penghormatan kepada gaya sinematik Yasmin Ahmad dengan mengekalkan material asal tetapi turut memberikan nafas baru kepada naratif abadi ini buat generasi baru Malaysia. 

Joshua Gui melakonkan watak Jason dari Ipoh.

Badrika Bahadur sebagai Orked

Imbau kisah cinta Jason dan Orked di dalam Sepet The Musical.

Pelakon dan warga produksi Sepet The Musical


Ini adalah peluang anda untuk mengimbas, menghidupkan semula klasik asli Malaysia dengan menyentuh dan menaksir cinta monyet kanak-kanak dan pantang larang serta sempadan yang memecah belahkan masyarakat. 


Tiket berharga RM70 boleh dibeli di http://www.liverandlung.com/sepet. 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM