SHERIDAN LANCAR KOLEKSI SPRING SUMMER 2019



Sheridan, salah satu jenama cadar dan tuala yang mewah dari Australia kembali ke pasaran Malaysia dengan pembukaan kaunter flagship di Parkson Elite, di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.  Kaunter dengan keluasan 300 kaki persegi ini menawarkan produk kelengkapan bilik tidur dan bilik mandi yang mewah.



Dalam majlis pelancaran rasmi yang telah dilangsungkan baru-baru ini, Sheridan turut memperkenalkan koleksi Spring Summer 2019 dan menjemput Nikki Hunt and Andrea Savage, pereka dalaman tersohor dari Design Intervention untuk memberikan panduan untuk menghiasi bilik tidur dan berkongsi trend terkini.

Pengurus Besar Kumpulan Sheridan, Mr Paul Gould diapit Nikki Hunt dan Andrea Savage


Spring Summer 2019 – Apabila katil menjadi karya seni

Koleksi Spring Summer 2019 diilhamkan oleh suasana musim panas di benua Australia – lemah-gemalai, rasa bebas di pantai, suasana hangat matahari, jauh daripada kesibukan hidup seharian.


Artis-artis di Sheridan mendapat inspirasi untuk berkarya daripada bunga-bungaan dan dedaun Australia, menggunakan rona neutral yang hangat seperti merah coral, bunga ros, kuning gandum dan emas, dipadani dengan warna semulajadi hijau dan biru. Hasil karya yang dilukis oleh artis-artis di Sydney Design Studio diabadikan ke atas set bilik tidur yang menenangkan perasaan.

Salah satu corak yang menarik perhatian adalah Bellport, yang menampilkan lukis warna air dalam menggambarkan persekitaran Australia yang kontemporari. Menampilkan warna merah coral, emas, dan biru, ia meraikan perubahan musim dan sesuai dipadankan dengan aksesori musim ini.


Koleksi ini juga menampilkan set Atherton Plantation, yang mempunyai corak yang bertentangan dengan Bellport. Menyemarakkan umpama unggun api di malam hari, Atherton membawakan corak bunga-bungaan yang di atas latar belakang biru tua.




Selain daripada set cadar, Sheridan juga menampilkan rangkaian hiasan dalaman seperti kusyen yang diperbuat daripada pelbagai bahan seperti bulu biri-biri, sutera, baldu, dan linen, semuanya dalam warna-warna menarik yang mudah dipadankan.

Dapatkan koleksi baharu Sheridan di kaunter flagship Parkson Elite Pavillion. Ia juga boleh didapati di Parkson Elite Gurney (Penang), Sogo KL, Isetan KLCC, dan Sogo Southkey (JB).


Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI