SUNWAY MEDICAL CENTRE KINI DIBUKA DI SUNWAY VELOCITY



Fasiliti terbaharu Sunway Medical Centre kini telah dibuka di pembangunan bersepadu Sunway Velocity. Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) merupakan pusat perubatan swasta yang akan menyediakan pelbagai fasiliti, kemudahan dan servis kepada komuniti di Cheras dan Selatan Kuala Lumpur. Ini termasuk penjagaan pesakit dalam dan luar, servis kecemasan 24-jam, klinik doktor pakar dalam pelbagai bidang dan fasiliti pengimejan diagnostik, serta kemampuan perubatan dan pembedahan. 

Hospital dengan kos kira-kira RM320 juta ini mempunyai keluasan ruang 33,000 meter persegi dan kapasiti 240 buah katil, 77 bilik perundingan, enam bilik pembedahan dan sebuah makmal catherisation. SMCV juga dilengkapi dengan system UPS dan penjana kuasa elektrik untuk bekalan kuasa elektrik tanpa gangguan. 

Terdiri daripada konsultan dan pakar bedah termasuk pakar kardilogi, pakar gastroenterologi, pakar sakit puan, pakar mata, pakar ortopedik dan pakar kanak-kanak, yang akan beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja dan 8.30 pagi hingga 1.00 petang pada setiap hari Sabtu. Servis kecemasan hospital termasuk servis ambulans dan bimbingan CPR melalui telefon. 


Pembinaan hospital baharu ini bermula pada Mei 2017 dan telah selesai dibina pada Jun 2019. Pusat perubatan ini merupakan sebahagian dari pelan pengembangan Kumpulan Sunway untuk penjagaan kesihatan dan merupakan salah satu dari lima komponen utama daripada runcit, penjagaan kesihatan, kediaman, hospitaliti, pendidikan dan komersial. 

“Sunway Medical Centre Velocity berharap untuk membawa perubahan yang signifikan dalam penjagaan kesihatan di kawasan Selatan Kuala Lumpur dan kami berasa sukacita untuk memberi akses kemudahan kepada komuniti di Cheras dan kawasan di sekitarnya dengan servis yang ditawarkan di Sunway Medical,” kata Choo Voon Chee, ketua pegawai eksekutif Sunway Medical Centre Velocity. 

“Sunway Medical komited untuk memberi rawatan perubatan berkualiti kepada rakyat Malaysia dan kami berharap untuk berkhidmat kepada komuniti tempatan dan memberi bantuan dan penjagaan yang mereka perlukan,” tambah beliau. 

Bersempena dengan pembukaan SMCV, pihak hospital menawarkan pemotongan harga sebanyak 30% untuk pakej pemeriksaan kesihatan yang kebiasaanya bernilai dari RM110 sehingga RM999. Promosi pembukaan bermula pada 4 September hingga 3 Disember 2019. 


Sunway Medical Centre merupakan salah satu pusat perubatan swasta terkemuka di rantau dan diiktiraf oleh Australian Council on Healthcare Standards (ACHS). Kakitangan hospital yang berdedikasi termasuk perunding perubatan, kakitangan kesihatan bersekutu yang profesional, serta jururawat berdedikasi dan terlatih yang menjadi tulang belakang kumpulan perubatan ini. 

Pembangunan Sunway Velocity yang berukuran 23 ekar (9.3 hektar) ialah satu-satunya pembangunan bersepadu di kawasan Selatan Kuala Lumpur yang merangkumi lima komponen utama daripada runcit, penjagaan kesihatan, kediaman, hospitaliti, pendidikan dan komersial. Ia terletak 3km dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan berhubung dengan LRT Maluri dan stesen MRT. Lokasi yang mudah dan berdekatan dengan KLCC, Bukit Bintang, Segi Tegi Emas, IKEA Cheras, Kelab Golf Royal Selangor dan AEON Maluri, Sunway Velocity mempunyai akses kepada jalan utama, lebuh raya dan fasiliti lain. 

Sunway Medical Centre Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau emel di smcv-enquiry@sunway.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Medical Centre Velocity, sila lawati www.sunwaymedical.com/velocity (Facebook: Sunway Medical Velocity).



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING