PESTA MAKANAN "TASTY AUSTRALIA" DI ISETAN KLCC 30 OGOS - 11 SEP



Tasty Australia 2019 membawa anda mengikuti kembara kulinari dengan makanan dan minuman Australia yang terbagus di Isetan KLCC dari 30 Ogos hingga 11 September 2019. Acara ini dipersembahkan dengan bangga oleh The Model Cook melalui kerjasama Isetan Malaysia dan merupakan tahun keenam pesta makanan ini diadakan di Kuala Lumpur.

Dari Kiri, Daniel Havas, Koji Oyama, Michael Growder, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia dan Vivien Lee 

Ini adalah pertunjukan utama buat kali pertama dengan menampilkan makanan Australia Selatan dan Australia Barat. Selain daripada 25 jenama terkenal sedia ada dari Australia Selatan melalui The Model Cook, sejumlah 12 jenama baru dengan 80 lebih produk akan diperkenalkan di pesta makanan ini. Kebanyakan jenama baru ini telah memilih Malaysia sebagai destinasi negara eksport pertama.


Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Encik Michael Growder akan merasmikan pelancaran Tasty Australia 2019 pada 3 September, bersama dengan Encik Koji Oyama, Pengarah / Pengarah Urusan Isetan Malaysia.

Tasty Australia 2019 terus menyerlahkan tabiat kehijauan dan pemakanan sihat dengan mengutamakan kemampanan dan kebijaksanaan memilih makanan tanpa GMO. Dari 30 Ogos hingga 4 September, tujuh pengasas jenama baru tersebut akan hadir dan bertemu dengan pelanggan Isetan untuk berkongsi kisah jenama mereka. "Hasrat kami adalah untuk mempromosikan gaya hidup makanan yang sihat dengan menawarkan makanan alternatif yang sihat, tanpa GMO dan mengandungi faedah kesihatan yang benar. Untuk mencapai matlamat ini, kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan makanan alternatif yang sihat ini menawarkan nilai untuk wang sambil memberi manafaat kandungan nutrisi yang ada dalamnya," kata Vivien Lee, Pengarah Eksekutif The Model Cook.


Di antaranya adalah minyak trufel ikonik dari Australia Barat iaitu kelas superior produk Perigord hitam dan perasa; madu Jarrah asli yang disahkan organik dari Australia Barat; kepingan epal Bravo sedia dimakan dengan flavonoid tinggi yang baik untuk kesihatan jantung; madu asli mentah dari Hutan Selatan; popcorn bebas gluten dimasak dalam teko; coklat vegan gourmet; quinoa ditanam 100% di Australia, buah buahan straps dehidrasi semulajadi dan pelbagai makanan dalam bekas yang mudah dibawa.

Australia sebagai negara sumber penting untuk makanan dan minuman yang dijualkan di Isetan Malaysia, mengambil kira tentang persekitaran yang bersih, hijau dan selamat untuk pengeluaran makanan dan amalan pertanian yang sewajarnya.


Pasaran Makanan Isetan akan sibuk dengan kegiatan semasa Tasty Australia, terutamanya penumpuan pada Pancutan Popcorn yang menarik. Untuk sambutan perayaan makanan ini, terdapat cabutan bertuah dengan hadiah baucer RM500, hamper makanan dan hadiah cenderahati Australia dengan pembelian. Pembeli juga akan gembira dengan harga ‘value buy’ untuk produk makanan dan minuman Australia tertentu, terutamanya semasa ‘extra special buy’ selama satu jam serta bertemu dengan para pelopor Australia. Mereka juga boleh makan di restoran pop-up Australian Gourmet dari 11pagi hingga 9.30 malam.

Sejak tahun 2012, The Model Cook berdedikasi untuk menawarkan makanan alternatif tanpa GMO yang sihat dibawa dari Australia Selatan ke Asia. "Kami bangga kerana dapat menjadi penganjur bersama untuk Tasty Australia selama enam tahun berturut-turut. Platform ini membolehkan kami untuk meneruskan semangat kami untuk membantu orangramai mengamalkan gaya hidup sihat melalui makanan," kata Vivien Lee. "The Model Cook kini sudah mengembangkan jejaknya ke Australia Barat."



Untuk maklumat lanjut tentang ‘best buy’ Tasty Australia, sila lawati laman Facebook TheModelCook atau dapatkan salinan surat berita Isetan Ogos atau e-mel healthyeating@themodelcook.com.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!