TEROKAI BANDAR MENARIK, NEW TAIPEI CITY BERSAMA-SAMA EVA AIR

(L-R) EVA Air Senior Vice President Charlie Pan of Passenger Management Division with Commissioner Chang Chi-Chiang of New Taipei City Tourism and Travel Department at the joint press conference and launch of “New Taipei City, New Adventure!”

Malaysia adalah sumber pasaran pengunjung utama Taiwan dengan bilangan pelawat yang semakin meningkat saban tahun. Jabatan Penerangan dan Pelancongan New Taipei City secara rasmi telah mengumumkan pelancaran promosi “New Taipei City, New Adventure!” di sidang akhbar bersama yang diadakan di JW Marriott, Kuala Lumpur. 

Dari 20 hingga 22 September, Jabatan Penerangan dan Pelancongan New Taipei City menganjurkan New Taipei City Travel Fair di Nu Sentral Shopping Mall, yang menampilkan Shou Shin Bou, HiWalk, Shen’ao Rail Bike, dan Jiufen CHIPAO, untuk memperkenalkan tarikan pelancong yang terbaharu dan paling popular di sepanjang New Taipei City’s Mountain-Ocean Line, berkongsi cenderahati yang paling lazat dan mengadakan aktiviti yang menyeronokkan sekaligus menjemput rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman yang menyeronokkan dan keindahan New Taipei City. 


Menurut statistik daripada Biro Pelancongan, Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Republik China (Taiwan) (MOTC), bilangan pelawat Malaysia yang melancong ke Taiwan adalah melebihi 520,000 orang pada 2018, nombor satu dalam kalangan negara-negara ASEAN, dan sebanyak 70% daripada jumlah tersebut merupakan pelancong yang kembali saban tahun. 

Pesuruhjaya Chang Chi-Chiang dari Jabatan Penerangan dan Pelancongan New Taipei City, menegaskan bahawa New Taipei City sentiasa menjadi bandar yang wajib dikunjungi dalam kalangan pelancong Malaysia yang datang ke Taiwan, dan Jiufen, Tamsui, Shifen dan Yeliu, adalah destinasi yang paling popular yang akan dilawati. 

Bagi pelancong Malaysia untuk sentiasa mempunyai pengalaman yang berbeza tidak kira berapa kali mereka telah melawati bandar tersebut, Kerajaan New Taipei City telah menubuhkan jenama pelancongan “Route 2 Taiwan” pada tahun ini, dan jadual perjalanan yang memaparkan 8 tarikan rahsia utama, yang bertujuan untuk mempersembahkan pelancong Malaysia dengan landskap New Taipei City yang berbeza. 8 permata tersembunyi di New Taipei City termasuklah Tamsui-Kavalan Trails, Shen’ao Rail Bike, Shen’ao Fishing Village dan Laomei Green Reef, memberi pelancong Malaysia pengalaman serba baharu di New Taipei City.

Sejak 2009, New Taipei City dan EVA Air telah bekerjasama untuk melancarkan pelbagai promosi pelancongan luar Negara dan telah mencapai kejayaan yang hebat secara keseluruhan. Menurut Naib Presiden Kanan EVA Air, Charlie Pan dari Bahagian Pengurusan Penumpang, EVA Air kini mengendalikan 7 penerbangan mingguan bagi laluan Taipei dan Kuala Lumpur; melalui promosi ini, EVA Air melancarkan dua produk diskaun: Pakej Pelancongan Individu 4-Hari/3-Malam bermula dari RM1,329 sebelum cukai, dan Pakej Pelancongan Kumpulan 7-Hari/6-Malam bermula dari RM2,599. 

EVA Air telah disenaraikan sebagai Penerbangan 5-Bintang oleh SKYTRAX selama 4 tahun berturut-turut. Bagi memuaskan keperluan penumpang Muslim, EVA Air menawarkan makanan yang disahkan Halal sepenuhnya di atas kapal. Penumpang yang memerlukan makanan Halal boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan sebelum penerbangan mereka. 

Optimis tentang potensi pasaran Malaysia, Kerajaan New Taipei City telah menyepadukan sumber-sumber persendirian untuk melancarkan pek hadiah bernilai lebih RM2,500, menggabungkan telekomunikasi, pengangkutan, cenderamata, tapak-tapak terkenal, muzium-muzium dan kilang-kilang pelancongan. Sebagai tambahan kepada pemberian ikhlas 5 pek kek nenas Shou Shin Bou, di mana ia popular dalam kalangan para pelancong, pek hadiah tersebut juga termasuk baucar rangkaian telefon bimbit Chunghwa Telecom, membolehkan para pelancong untuk berkongsi perjalanan percutian mereka dan memuat naik gambar pada bila-bila masa, di mana jua. Taiwan Taxi Tour menawarkan kupon perkhidmatan sewa, supaya pelancong dapat melawati tarikan terbaharu di New Taipei City dengan lebih mudah. 

Platform pelancongan e-dagang yang terkemuka di Taiwan, KKday, juga menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk pelbagai perjalanan sehari di New Taipei City. New Taipei City juga telah bekerjasama dengan beberapa jenama pengguna, termasuk eggrolls HiWalk, yang menerima “ITQI Superior Taste Award – 2 Stars” pada 2019, dan Carrefour serta Cosmed, yang merupakan kedai yang harus dilawati bagi pelancong asing, untuk bersama-sama melancarkan beberapa diskaun dan kupon, memastikan perjalanan pelawat daripada Malaysia lebih menyeronokkan dan mudah. 


Dari 20 hingga 22 September, Kerajaan New Taipei City dan EVA Air akan menganjurkan “New Taipei City, New Adventure!” Travel Fair di Nu Sentral Shopping Mall di Kuala Lumpur. 

Sebagai tambahan ke pengalaman Chipao secara percuma, model berskala-penuh Shen’ao Rail Bike yang terkenal untuk peluang bergambar, dan cenderahati yang enak seperti kek nenas dan eggrolls, Pesuruhjaya Chang Chi-Chiang dan Naib Presiden Kanan EVA Air, Charlie Pan akan membuat beberapa minuman bubble milk tea untuk dikongsi bersama pengunjung. 

Mereka juga akan bersama-sama mengumumkan bonus ekstra, kempen promosi “I Want to Visit New Taipei City” di mana orang ramai boleh mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dan memenangi tiket pergi-balik Kuala Lumpur-Taipei EVA Air. Apa yang mereka perlu lakukan adalah menangkap gambar di hadapan photo wall di acara tersebut dan memuat naik ke Instagram bersama hashtag #newtaipeitour #evaair. 

Selain itu, ketika acara promosi tersebut, sesiapa yang membeli pakej pelancongan daripada EVA Air bagi kempen promosi ini akan menerima New Taipei City Tour Guide Wallet secara percuma dan set alat tulis EVA Air, dan juga peluang untuk memenangi kupon RSL Hotel Taipei Zhonghe Sweetheart Afternoon Tea, serta baucar penginapan percuma di F Hotel selama satu malam untuk dua orang, tiket peringatan Taoyuan Airport MRT, sebuah kad iPass yang direka khas, dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
New Taipei City Travel : https://tour.ntpc.gov.tw/en-us/
New Taipei City Tour FB Fanpage : http://www.facebook.com/ntctour
EVA Air Website : http://www.evaair.com/





Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA