THE TEENAGE PSYCHIC KEMBALI UNTUK MUSIM 2 OKTOBER INI



Siri Original HBO Asia yang memenangi anugerah, THE TEENAGE PSYCHIC kembali dengan lapan episod pada musim kedua dengan penayangan dua episod berturut-turut pada Ahad, 6 Oktober 9 malam, secara eksklusif di HBO GO dan HBO (Saluran Astro 411 / 431 HD). Episod baru akan ditayangkan pada hari Ahad berikutnya pada waktu yang sama. HBO Asia turut melancarkan trailer rasmi serta seni visual untuk musim kedua ini. 


THE TEENAGE PSYCHIC berkisah tentang Xiao Zhen (dilakonkan oleh Kuo Shu-Yao), seorang pelajar sekolah menengah dengan kemampuan melihat roh, tetapi ingin menjadi seperti remaja yang lain namun harus berjuang menghadapi tekanan dalam kehidupan remajanya – cinta pertama, kejayaan akademik dan tekanan dari rakan sebaya – termasuk memenuhi permintaan dari dunia roh. 




Musim kedua THE TEENAGE PSYCHIC menyaksikan Xiao Zhen cuba untuk memulihkan semula kehidupannya di sekolah baru selepas tragedi yang dihadapinya tahun lepas. Sebagai presiden baru sebuah kelab drama, Xiao Zhen kini memberikan tumpuan dalam merekrut ahli-ahli baru, namun terdapat dua ahli baru yang cukup menyerlah di matanya – pelajar baru yang comel Zhang Yuxuan (dilakonkan oleh Fandy Fan) dan si lemah lembut Zhan Xiao (dilakonkan oleh Wen Chen-Ling). Di kuil itu, perkara menjadi rumit apabila rahsia keluarga Cikgu Kim (dilakonkan oleh Chen Mu-Yi) kembali menghantuinya. 



Pelakon-pelakon musim kedua ini termasuk Kuo Shu-Yao 《郭書瑤》, Wen Chen-Ling 《温貞菱》, Fandy Fan 《范少勳》, Chen Mu-Yi 《陳慕義》, Li Ying-Hong 《李英宏》, Wu Hong-Xiu 《吳宏修》, Lin He-Syuan 《林鶴軒》, Chun Hong 《洪群鈞》, Xiang Cheng-Yu 《向承寓》, Yin Chao-Te《尹昭德》, Lotus Wang《王彩樺》, Li Xue《李雪》, Vera Chen《陳雪甄》,Chen Bor-Jeng《陳博正》, Ina Tsai《蔡亘晏》, Huang Di-Yang《黃迪揚》, Simon Lian《晨翔》, Chen Zhao-Ru《陳昭如》, Heaven Hai《海裕芬》, Queenie Fang《方宥心》, Frankie Huang《黃鐙輝》dan Vicci Pan《潘之敏》. 


GIFs THE TEENAGE PSYCHIC 

Berikutan populariti siri ini, HBO telah mereka 15 set GIFs THE TEENAGE PSYCHIC di mana kini boleh didapati di Facebook dan Instagram bagi peminat untuk digunakan di platform media sosial mereka. GIFs ini boleh ditemui melalui engin carian GIFs, Instagram stories, Instagram Direct Message, ruangan komen di Facebook dan Facebook messenger. 

Sinopsis Episod: 

Episod 1 
Tayangan Debut: Ahad, 6 Oktober pada 9 malam di HBO GO dan HBO 

Rentetan tragedi yang dihadapinya tahun lepas, menyaksikan Xiao Zhen mencuba untuk memulihkan semula kehidupannya di sekolah baru selepas tragedi yang dihadapinya tahun lepas, namun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Sebagai presiden yang baru untuk kelab drama, serta berhadapan kemungkinan untuk ditutup, Xiao Zhen perlu merekrut lebih ramai ahli. Sementara itu, Cikgu Kim harus bersaing dengan abangnya yang sudah lama terpisah, 

Episod 2 
Tayangan Debut: Ahad, 6 Oktober pada 9.50 malam di HBO GO dan HBO 

Kelab drama merekrut dua ahli baru – pelajar baru comel yang meminati Xiao Zhen dan gadis lemah lembut yang banyak menyumbangkan idea segar kepada kelab tersebut. Sementara itu, perselisihan faham antara Cikgu Kim dan abangnya kembali memuncak. 

Episod 3 
Tayangan Debut: Ahad, 13 Oktober pada 9 malam di HBO GO dan HBO 

Di kuil, Xiao Zhen bergelut untuk memberitahu kisah sebenar kepada sepasang orang tua mengenai anak mereka yang disangka telah dirasuk. Sementara itu, kelab drama telah menemui lokasi pengambaran yang sempurna namun ada sesuatu yang tidak kena. Sempatkah Xiao Xhen datang dan membantu kawan-kawannya yang dalam kesusahan? 

Musim pertama THE TEENAGE PSYCHIC telah memenangi Anugerah Siri-Mini Terbaik (Filem TV) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Siri Mini (Filem TV) di Annual Golden Bell Awards ke 52 pada tahun 2017. Dokumentari Original HBO Asia, THE WORLD BEHIND THE TEENAGE PSYCHIC turut diilhamkan dari siri ini, yang meneroka campuran unik Taoist, Buddha, cerita rakyat Cina dan kepercayaan pribumi yang terus berkembang pada zaman moden Taiwan. 

HBO Asia mula menerbitkan produksi Original pada 2012 dan telah menerbitkan variasi produksi Original Asia termasuk siri, filem dan dokumentari. Sehingga kini, HBO Asia telah menerbit dan menayangkan 16 siri produksi Original Asia dan banyak lagi dalam perancangan. THE TEENAGE PSYCHIC juga merupakan siri Original HBO ASIA kedua yang kembali selepas HALFWORLDS. 

Ikuti THE TEENAGE PSYCHIC (@theteenagepsychic) di Instagram untuk perkembangan lanjut akan musim kedua siri ini.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING