U MOBILE LANCAR KEMPEN "UNLIMITED MOVES"



U Mobile, syarikat telekomunikasi berpusatkan data yang telah memenangi pelbagai anugerah, serta Impact Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Belia & Sukan untuk pembangunan belia dan inovasi sosial, telah memperkenalkan inisiatif seni mural berskala besar, dengan sokongan Kementerian Belia & Sukan (KBS). 

Penyiapan seni mural yang bertenaga tersebut turut menginspirasikan inisiatif di gelanggang bola keranjang, bola tampar dan sepak takraw di Spacerubix Puchong, sekaligus membuka tirai kempen Unlimited Moves yang memaparkan gandingan antara U Mobile dan Impact Malaysia. Menerusi kempen ini, U Mobile akan memberikan sentuhan kesenian kepada ruangan yang berasaskan komuniti belia di seluruh Malaysia. Selain menyuntik seni jalanan ke dalam gelanggang-gelanggang di Spacerubix, U Mobile juga akan membekalkan ketersambungan selari dengan usaha keseluruhannya untuk mempertingkatkan pengalaman pembangunan komuniti belia. 

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck menegaskan dedikasi U Mobile terhadap golongan belia serta pembangunan dan kolaborasi komuniti ketika berucap di majlis pelancaran tersebut. “Kempen Unlimited Moves U Mobile memberikan fokus kepada penyediaan akses serta sokongan kepada golongan belia bagi merealisasikan potensi sebenar mereka, baik dalam sukan mahupun usaha pembangunan komuniti. Kami sangat teruja kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Impact Malaysia dengan sokongan Kementerian Belia & Sukan dalam kempen ini.” 

Beliau berharap seni jalanan di gelanggang-gelanggang Spacerubix akan menginspirasikan lebih banyak usaha pembangunan komuniti belia. “Selepas menerima sentuhan kesenian daripada U Mobile, gelanggang-gelanggang ini telah menjadi lebih kondusif, kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk pasar hujung minggu dan konsert muzik. Sebagai sebuah syarikat Malaysia, kami berbesar hati kerana berpeluang melaksanakan tanggungjawab kami untuk menyokong bakat dan komuniti belia di tanah air.” 


Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir menyatakan keterujaannya mengenai minat U Mobile dalam pembangunan komuniti menerusi projek Unlimited Moves. Di samping itu, beliau memuji usaha U Mobile dalam memberikan sentuhan kesenian dan akan menyediakan ketersambungan di Spacerubix. “Impact Malaysia berharap agar lebih ramai belia menggunakan gelanggang sukan yang telah diberikan nafas baharu ini, untuk aktiviti sukan, berkongsi idea dan impian mereka,” kata Ahmed Faris. 

Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpandangan positif terhadap kerjasama tersebut, dan menggalakkan badan-badan korporat lain untuk menyumbang dalam pembangunan belia. “Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan pembangunan bakat sukan belia tetapi juga memupuk pemikiran kearah pembangunan komuniti. Saya gembira Unlimited Moves bukanlah projek “one-off” atau projek yang akan berlaku sekali sahaja, tetapi akan iuga dijalankan di beberapa pusat komuniti belia lain yang terpilih di seluruh Malaysia. 

Bagi merasmikan acara serta gelanggang-gelanggang tersebut, Heang Tuck, Ahmed Faris dan YB Syed Saddiq molantar bola keranjang untuk menyampaikan sokongan mereka kepada penglibatan golongan belia dalam sukan serta pembangunan komuniti. Majlis pelancaran acara tersebut turut dihadiri oleh beberapa agensi yang berkaitan dengan KBS, kumpulan belia, serta rakan kerjasama Impact Malaysia dan Spacerubix.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI