LABEL MUZIK DEF JAM KINI BERKEMBANG KE ASIA TENGGARA



Universal Music Group, peneraju dunia dalam hiburan berteraskan muzik telah mengorak langkah dalam memulakan era baru muzik hip hop dan rap dengan sebuah pelancaran pada hari Rabu lalu di Canvas, Singapura bersempena dengan pengumuman pengembangan label terbaru Def Jam South- East Asia di Music Matters pada 17 September. 


Antara paparan menarik malam itu termasuk persembahan solo tujuh artis rakaman terbaru mereka iaitu Joe Flizzow (Malaysia), DABOYWAY (Thailand), Yung Raja (Singapore), Fariz Jabba (Singapore), ALIF (Singapore), A.Nayaka (Indonesia) & Young Bong (Thailand), yang sempat juga berkongsi kehebatan mereka di depan penonton terpilih yang terdiri daripada kalangan pelopor budaya urban dan tokoh terpenting industri sebelum diakhiri dengan sebuah penutup gah berupa single terbaru DABOYWAY berjudul “GANGSH!T”. 


Acara diteruskan hingga lewat dengan dendangan muzik oleh DJ CZA, DJ BOMBER SELECTA serta DJAYBUDDAH yang memberikan susunan muzik hebat untuk tarian penonton sepanjang malam.


Ditubuhkan pada 1984, Def Jam Recordings bermula sebagai label indie yang terinspirasi oleh budaya jalanan kota New York serta kelahiran bunyi hip-hop. Def Jam pernah mewakili nama-nama besar dunia muzik selama 35 tahun seperti LL Cool J, Slick Rick, The Beastie Boys dan Public Enemy.

Dua dekad kemudian, Def Jam memperkukuhkan kedudukan dengan bintang tersohor seperti Jay-Z, DMX, Ja Rule, Method Man & Redman, Ludacris, Rihanna, Jeezy, dan yang sukar ditandingi Kanye West. Kini dalam dekad keempat, muzik dan gaya hidup Def Jam telah berkembang menjadi sebuah jenama global – sinonim dengan kreativiti, kualiti dan keaslian – merangkumi  aneka bakat hebat seperti West, Justin Bieber, Alessia Cara, Logic, Pusha T, Jadakiss, Vince Staples, Jeremih, Big Sean, YG, 2 Chainz, Dave East, dan Jhene Aiko.

Kini di bawah pimpinan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Paul Rosenberg, Def Jam telah membuktikan kesungguhan dan komitmen terhadap budaya hip-hop, dan memperluaskan jenama globalnya untuk menjadi salah satu label terunggul dengan pengikut paling ramai di media sosial.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA