ADAPTASI FILEM ANIMASI MADAGASCAR, BERAKSI DI KL



Berdasarkan filem animasi oleh DreamWorks yang memiliki rekod pecah panggung; "Madagascar The Musical" dipentaskan di Kuala Lumpur hari ini di Dewan Plenary, KLCC sekali gus menjadikannya pementasan terulung di Asia Tenggara! Alex the Lion, Marty the Zebra, Melman the Giraffe dan Gloria the Hippo telah membawa penonton dalam satu pengembaraan yang mengujakan ketika mereka melarikan diri dari Taman Zoo ‘Central Park Zoo’ di New York dan menempuh dunia lucu King Julien yang penuh dengan kegilaaan. Malaysia adalah tuan rumah yang pertama di Asia Tenggara untuk pementasan antarabangsa ini yang diterbitkan dalam satu kolaborasi dengan DreamWorks Production. 


‘Madagascar the Musical’ mengisahkan tentang Alex the Lion; tarikan utama Taman Zoo ‘Central Park Zoo’ di New York. Dia dan rakan-rakannya yang telah menghabiskan seluruh hidup mereka di hadapan khalayak ramai; termasuklah sahabat baiknya Marty the Zebra yang mengimpikan kehidupan di luar Taman Zoo. Demi impian ini, Marty; telah memberanikan dirinya untuk melarikan diri dari Taman Zoo tersebut dan memasuki bandaraya yang seterusnya membawa kesemua mereka dalam satu pengembaraan yang luar biasa di sebuah dunia yang penuh dengan kegilaan King Julien iaitu Madagascar! 


Dewan Plenary di KLCC telah diubah suai menjadi seumpama satu kawasan perhutanan Pulau Madagascar yang berwarna-warni selain dipenuhi dengan perhiasan latar belakang yang serupa seperti dalam filem animasi tersebut. Para penonton dihiburkan oleh sekumpungan burung penguin yang lucu; Skipper, Kowalski, Rico,dan Private bersama dengan Alex dan kawan-kawannya yang telah bersiap-sedia untuk melalui pengembaraan yang mencuit hati. Penerbitan ‘Madagascar the Musical’ yang berasal dari United Kingdom hasil usahasama dengan DreamWorks ini telah memperdengarkan lagu-lagu ikonik termasuklah "I Like To Move It, Move It" dan lagu-lagu baru lain yang membuatkan penonton yang hadir menari mengikuti rentaknya. 


Menurut Pengarah Urusan syarikat Milestones Production; Dato’ Grace Lee, "Kami sangat teruja menjadi tuan rumah untuk pementasan terulung “Madagascar The Musical” di Malaysia buat kali pertama di Asia Tenggara; selepas kejayaan besar pementasan in di seluruh United Kingdom. Kami berasa teramat bangga bahawa Malaysia menjadi destinasi pilihan pementasan “Madagascar The Musical” dimana filem animasi “Madagascar” meraih kejayaan yang tinggi di panggung wayang. Para hadirin akan mendapati setiap watak yang dilakonkan membawa keunikan tersendiri kepada pementasan ini. Kami berharap pementasan ini akan mendapat sambutan yang baik dan berjaya menghiburkan semua hadirin dan adalah juga menjadi harapan kami bahawa dengan membawakan aksi dan persembahan antarabangsa seperti ini; ianya dapat meningkatkan imej Malaysia sebagai destinasi pilihan pementasan berkualiti atarabangsa di rantau ini. Dengan ini, kami merasa amat teruja untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam membawa pelbagai persembahan antarabangsa lain ke Malaysia dalam masa yang terdekat.” 


Untuk persembahan terbaru daripada Milestones Entertainment, sila layari www.milestones-entertainment.com atau www.facebook.comMilestonesEntertainment.Show/

Jom mengembara bersama! 

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA