DONNIE YEN KE MALAYSIA UNTUK PROMOSI IP MAN 4: THE FINALE



Filem-filem bercorak aksi seni mempertahankan diri antara genre yang sering menjadi kegemaran penonton di Malaysia. 


Siri filem IP Man adalah salah satu naskhah aksi seni mempertahankan diri dari Hong Kong yang telah menghiburkan penonton semenjak filem pertamanya ditayangkan dan akan berakhir dengan IP Man 4: The Finale. 


Akan ditayangkan pada 20 Disember 2019, filem terbitan Mandarin Film ini masih mengekalkan Donnie Yen sebagai teraju utama di samping Wilson Yip selaku pengarah. 

Donnie berkata, pengalamannya dalam membawakan watak sebagai Ip Man sebelum ini banyak membantu dirinya untuk menjayakan filem tersebut. 


“Pengalaman yang saya ada membantu saya menghayati watak ini dengan lebih mendalam, namun ia bukanlah satu perkara yang mudah. 

“Bagaimanapun, saya berasa sangat bertuah kerana dapat memegang watak yang sama sebanya kempat kali,” ujarnya. 

Bagi menjayakan babak pertarungan pula, pelakon itu menjelaskan bimbingan daripada Yuen Woo Ping yang bertindak selaku pengarah aksi akan memastikan setiap babak dapat dilakukan dengan sempurna. 


“Beliau adalah seorang senior yang dihormati dan guru yang terkenal. Saya yakin dengan kareografiaksinya kerana setiap idea yang diutarakan adala hasli dan baharu. 

“Selain itu, beliau akan memastikan setiap aksi pukulan mendapat momen yang terbaik bagi mencapai kesempurnaan” ujarnya. 


Sementara itu, Wilson Yip Wai Shun selaku pengarah menyatakan bahaw aIp Man 4: The Finale merupakan kesinambungan dari Ip Man 3 yang semakin sukar apabila tiba pada filem seterusnya. 

Wilson berkata, Donnie sememangnya memainkan peranan yang sangat besar untuk menjayakan filem berkenaan. 

“Dalam filem ini, Donnie sentiasa memberikan komen-komen yang membina. Malah, saya merasakan dia telah menyempurnakan watak ‘Ip Man’ ini,” ujarnya. 

Selain Donnie, pelakon-pelakon lain yang turut membintangi filem berkenaan seperti Wu Yue, Scott Adkins, Chris Collins, Vanness Wu, Vanda Margraf dan Danny Chan Kwok-kwan. 

IP Man 4: The Finale diedarkan oleh Lotus Five Star bersama rakan pemasaran RAM Entertainment akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 20 Disember ini. 


SINOPSIS

Donnie Yen kembali menghidupkan wataknya sebagai Ip Man menerusi Ip Man 4: The Finale. Kisahnya bermula apabila hubungan Ip Man dengan anaknya, Ip Chun semakin terasing. Demi masa depan anaknya, Ip Man telah pergi ke San Francisco, Amerika Syarikat bagi mencari kemudahan persekolahan yang sesuai. Bagaimanapun, ketika berada di sana, di berhadapan dengan diskriminasi kaum yang berterusan dan sering diperlakukan secara tidak adil oleh penduduk tempatan. 

Barisan Pelakon 
Donnie Yen : Ip Man 
Wu Yue : Wan Zong Hua 
Danny Chan Kwok-kwan : Bruce Lee 
Vanness Wu : Hartman Wu 
Scott Adkins : Barton Geddes 
Chris Collins : Collins Frater 

IP MAN 4: THE FINALE STAR TOUR

Sempena tayangan filem aksi pecah panggung ‘IP MAN 4 THE FINALE’ Lotus Five Star dan rakan Pemasaran RAM Entertainment bakal membawakan Penerbit Raymond Wong, Penerbit dan Pelakon Donnie Yen, Pelakon Danny Chan dan Penulis Skrip Edmond Wong ke Malaysia untuk Jelajah Promosi pada 11 Disember 2019 (Rabu) dan 12 Disember 2019 (Khamis).

Jom ramai-ramai kita berikan sokongan kepada Donnie Yen untuk filem Ip Man 4: The Finale. Sila rujuk poster berikut untuk maklumat lanjut.








Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI