NEW BALANCE KEMBALIKAN GAYA RETRO DENGAN SENTUHAN MODEN



New Balance Malaysia telah memperkenalkan bukan satu, tetapi tiga koleksi baharunya di dalam satu majlis di the Slate @ The Row baru-baru ini. Koleksi-koleksi tersebut adalah koleksi arkib yang telah diberi nafas baru iaitu kasut NB 850, The Heritage Packs dan Inspire The Dream Pack.


Tetamu undangan majlis tersebut telah dihiburkan oleh artis-artis yang semakin meningkat naik iaitu  Kayda, Abubakarxli dan Sophia Liyana.

Kayda

Abubakarxli

Sophia Liyana

Selebriti tempatan seperti Ajak Shiro, Jaclyn Victor, Vanessa Chong, Hunny Madu, Nur Fatima, Lil J, Jinn Hackman, Dansa & Sing Crew turut menyerikan majlis dengan kehadiran mereka.





New Balance 850 – RRP RM439

Membawakan anda era “moden klasik” dengan lapisan warna dan siluet minimalis

Lebih dua dekad selepas kemunculannya pada tahun 90-an, New Balance 850 membuat kemunculan semula dengan sentuhan moden dan penuh tenaga pada rupa ikoniknya. Menampilkan reka bentuk alternatif tanpa logo N di tepi - sesuatu yang radikal bagi New Balance pada tahun 1996 – rilisan terkini ini menampilkan gaya “colour blocking” yang ekspresif berserta penggunaan material yang premium. Kasut ini juga mempunyai midsole ABZORB klasik untuk menawarkan sokongan dan kestabilan, didorong oleh system posing Rollbar yang mengurangkan pergerakan kaki belakang. Dengan gabungan mesh, kulit, penyaduran dan butiran reflektif dalam pelbagai warna berserta outsole getah penuh, 850 adalah definisi estetik '90-an dengan keperibadiannya yang unik.

Tersedia dalam warna baru di semua kedai New Balance Experience.



Heritage Pack – RRP RM89-469

We’ve got the skinny on making ‘70s retro cool again.

Melangkah lebih jauh lagi ke dalam sejarah New Balance dengan Heritage Pack, menampilkan sneaker COMP100 dan barisan pakaian yang elektrik. Kebangkitan semula COMP100 ini kekal sejati dengan ciri-ciri '70-an - siluet yang licin dan berprofil rendah, dibentuk oleh bahagian atas kulit yang disokong oleh unit outsole Vibram® MegaGrip untuk daya genggaman yang kuat. Menjanjikan keselesaan tapak kaki yang unggul dengan gaya “old school”, anda pasti akan menyukai sneaker ini! Ditambah dengan kepelbagaian pakaian, dari jaket poliester berwarna-warni ke t-shirt grafik dan seluar yang penuh gaya. Dengan pelbagai pilihan untuk anda, mari kembali ke zaman '70-an New Balance dengan Heritage Pack.

COMP100 dan heritage apparel tersedia di semua kedai New Balance Experience.



Inspire The Dream Pack – RRP RM439-799

Ambil halaman dari buku sejarah dan meraikan semangat kemerdekaan tanpa rasa takut dengan New Balance.

Khas untuk “Black History Month” yang memperingati perjuangan untuk kebebasan di Amerika, Inspire The Dream Pack dari New Balance didedikasikan untuk memberi inspirasi menyatukan generasi hari ini. Menampilkan 850, 997, OMN1S dan 574 (mengikut arah jam dari sebelah kiri bawah), siri ini meraikan pencapaian atlet seperti pemain bola keranjang Kawhi Leonard, merangkumi gaya pemikiran dan keberanian untuk mengubah peraturan gaya hidup dengan dengan cara tersendiri. Dalam warna-warna yang menarik seperti biru laut, kelabu, merah dan emas, Inspire the Dream Pack mempunyai keperincian yang tajam seperti midsole speckling pada 850 dan 574, dan band midfoot khas yang tertulis "Inspire" pada OMN1S.

Inspire The Dream boleh didapati di New Balance Pavilion KL, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Midvalley Southkey.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO