PROMOSI KETAM "CRAB CHOWDOWN" DI HILTON KUALA LUMPUR



But tahun kedua berturut-turut, pencinta ketam bakal dihidangkan dengan sajian ketam yang menyelerakan di Vasco’s. Hilton Kuala Lumpur. Promosi Crab Chow Down menampilkan hidangan ketam yang dimasak dengan beraneka cara dan resepi yang unik dari dapur Hilton Kuala Lumpur.  

Menggunakan ketam dan telur ketam yang segar dari persisiran pantai Malaysia, sajian makan malam bufet menamilkan cara masakan yang unik India, Melayu, Cina, Jepun dan Barat. Antara ketam yang disajikan adalah ketam bunga, anak ketam dan ketam berkulit lembut. 


Mulakan santapan anda dengan pembuka selera yang enak seperti Spicy Curried Coconut Crab, Flower Crab Belado dan Asam Pedas. Hangatkan citarasa dengan hidangan terus daripada stesen masakan secara langsung dengan hidangan Crispy Fried Baby Crab with local spices dan Nasi Goreng Nenas Ketam. 

Flower Crab Berlado 

Spicy Curry Coconut Crab

Flower Crab Assam Pedas

Crab Xec Xec

Black Pepper Crab

Crab & Grapefruit Sald

Nikmati masakan ketam ala Cina seperti Stir-fried Chilli Crab, Black Pepper Crab, Kam Heong Crab dan Braised Crabmeat Soup. Kepada yang gemarkan masakan Jepun pula, jangan lupa untuk mencuba Softshell Crab Maki, Potato Crab Salad dan Moriawase Tempura

Crab Stew

Chilli Crab

Crispy Fried Baby Crab with local spices

Tandoori Ketam

Hidangan Melayu yang menjadi kegemaran ramai seperti Crab and Pineapple Stew cooked in Coconut Gravy, Crab with Garlic Sauce dan Asam Pedas Ketam turut disajikan. Masakan India seperti Goan curry, Chattinadu infusion dan  Tandoori ketam juga akan menambat selera anda.

Crab Cake

Crab Paella

Pizza Ketam

Penggemar makanan Barat pastinya akan merasa puas hati dengan hidangan Crab Cake with Capers Lemon Sauce, Crab Paella dan Oven-baked Crab Pizza



Promosi Crab Chowdown bermula 10 Februari sehingga 31 Mac 2020, jam 6 petang – 10:30 malam, harga bufet adalah RM188 nett seorang dewasa dan RM68 nett seorang kanak-kanak (5 – 11 tahun). Untuk minuman tanpa had, tetamu boleh menambah RM120 nett untuk pakej minuman seperti wain merah, wain putih, bir, minuman ringan dan jus yang telah didinginkan. 

Tempahan disyorkan. Diskaun standard boleh dinikmati oleh ahli Hilton Dining APAC dan kredit kad terpilih.


Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi +603 2264 2264 atau tempah secara online di www.eatdrinkhilton.com.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025