YOODO TAJA MOBILE LEGENDS: BANG BANG LIGA PROFESIONAL MUSIM 5
Mobile Legends: Bang Bang Liga
Professional (MPL-MY/SG S5) musim kelima di antara Malaysia dan Singapura yang
telah ditaja oleh Telco Digital Rasmi Malaysia iaitu Yoodo, akan memasuki
permulaan Musim Liga pada 29 Februari 2020. Berlangsung selama enam (6) minggu
sehingga 5 April 2020, 10 pasukan terbaik dari Malaysia dan Singapura akan
bersaing untuk memenangi jumlah wang terkumpul sebanyak RM 410,000
(US$100,000). Mereka juga akan berentap untuk menentukan siapa pemenang di
rantau ini.
Berikutan pusingan kelayakan bagi Malaysia dan
Singapura yang berakhir pada 16 Februari 2020 yang lalu, Makan Cendol dan
Orange Esports dari Malaysia, bersama dengan Notorious Villains, Resurgence,
dan Siren Esports dari Singapura merupakan pasukan yang telah mendapat tempat
bagi Musim Liga akan datang.
Pasukan-pasukan ini telah menyertai pasukan
jemputan (Axis Esports, Geek Fam, Team Bosskur, Todak dari Malaysia dan EVOS SG
dari Singapura) bagi mengumpulkan mata selama 6 minggu perlawanan. Pasukan yang
mendapat tempat lapan ke-atas akan maju ke MPL-MY/SG S5 Playoffs. Wang terkumpul sebanyak RM200,900
(US$49,000) yang merupakan sebahagian daripada hadiah perlawanan bakal direbut
dengan cara insentif mingguan dan bonus kemenangan semasa Musim Liga, sementara
wang selebihnya akan dibahagikan semasa Playoffs yang dijadualkan pada 18 dan
19 April 2020.
“Bangkit”
Mootoon turut mengumumkan siri web terbaru
yang akan disiarkan pada 5 Mac 2020 bersempena Musim Liga MPL-MY/SG S5. Siri
sebanyak tujuh episod ini dihasilkan dengan kolaborasi bersama eGG Network.
Siri ini menceritakan mengenai pemain profesional MLBB dan jatuh-bangun dalam
kehidupan seorang atlet esports. “Bangkit”
juga mendedahkan isu-isu negatif dalam dunia permainan digital, menekan
kepentingan nilai kekeluargaan, keberanian dan keazaman dalam mengejar
kejayaan.
“Siri web kami yang pertama, iaitu Mata
Kerbau, telah disiarkan semasa MPL-MY/SG musim ke-2 pada bulan September 2018
dan ia mendapat maklum balas yang memberangsangkan. Oleh itu, kami ingin
membawa kembali sebuah cerita untuk peminat di Malaysia yang memberikan
inspirasi kepada kami setiap hari dengan kesungguhan mereka dalam permainan
digital. Tambahan pula, kami ingin memaparkan sesetengah isu dan nilai dalam
dunia permainan digital pada masa kini. Kami tidak mahu mendedahkan terlalu
banyak, jadi nantikan siri web ini!” kata Jayden Wei, Pengurus Esports Mootoon.
Tayangan perdana siri web “Bangkit” akan
disiarkan pada 5 Mac 2020 (Khamis) pukul 6pm di laman Facebook dan YouTube
MLBB. Satu episod akan ditayangkan pada setiap minggu selama enam minggu.
Episod akhir akan disiarkan semasa Playoffs. Para penggemar juga boleh menonton
di siaran TV eGG Network (Astro CH800).
Mengulas mengenai tajaan MPL-MY/SG S5,
Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata “Sejak kali pertama menceburi dunia
permainan digital pada tahun 2018, Yoodo secara berterusan telah memberikan
sokongan dengan memperkuatkan posisi kami sebagai Telco dalam bidang e-sukan.
Hari ini kami berasa bangga dapat meningkatkan lagi komitmen ini dengan menaja
MPL musim ke-5”.
Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih
100% digital yang pertama di Malaysia yang membolehkan pelanggan untuk mengubah
suai data, suara dan pelan SMS mereka.
MPL Spotlight
Selain itu, terdapat satu lagi siri
kandungan yang menarik telah disediakan untuk para penggemar pada musim ini
iaitu MPL Spotlight, rancangan bual bicara mingguan yang memaparkan
penganalisis MLBB membincangkan perlawanan kunci dalam MPL-MY/SG S5. Mereka
akan memberikan analisis yang terperinci kepada penggemar. Rancangan ini akan
meliputi meta analisis, data dan statistik, hero pilihan pemain dan item yang
dibina, serta MVP dan bintang pemain yang baru di dalam liga ini. Rancangan ini
akan disiarkan pada 26 Februari 2020 pukul 12pm di siaran TV eGG Network dan
laman Facebook MLBB. Setiap episod akan disiarkan setiap minggu hingga 8 April
2020.
Untuk maklumat lanjut mengenai perlawanan,
rancangan yang akan datang, atau untuk menonton perlawanan Musim Liga secara
langsung, sila ikuti laman Facebook MLBB di https://www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia/.
Muat turun secara percuma aplikasi Mobile Legends: Bang Bang di Apple App Store
atau Google Play.
Comments
Post a Comment