HOSPITAL PLAYLIST - SIRI DRAMA KOREA BAHARU DI NETFLIX



Netflix bakal menyiarkan siri drama Korea, Hospital Playlist yang bakal membawakan kisah lima doktor perubatan yang dibintangi oleh Jo Jung-suk, Jung Kyung-ho, Yoo Yeon-seok, Jeon Mi-do, and Kim Dae-myung.

Pengarah Shin Won-ho berkata, “Walaupun ia sebuah drama perubatan, ia adalah amat berbeza dengan drama perubatan yang lain. Ia lebih merupakan drama seperti ‘Reply 1988’ dan ‘Prison Playbook,’ tetapi berlatarbelakangkan di hospital.” 

Hospital Playlist bakal disiarkan di Netflix mulai  12 Mac pada jam 10.30 malam, dengan episod baharu setiap Sabtu.



SINOPSIS

Hospital Playlist berkisar tentang lima sekawan yang masih akrab setelah menamatkan pengajian di maktab perubatan 20 tahun yang lalu. Mereka sememangnya rapat sehinggakan boleh membaca isi hati dengan merenung ke dalam mata masing-masing. 

Comments

Popular posts from this blog

JOM JAMU SELERA DI 'PAVILION FEAST' SEMPENA ULANG TAHUN KE-15 PAVILION KL