PENCARIAN JUARA NYANYIAN I-SING WORLD CHAMPIONSHIP BERMULA



Bermulanya dari Yangon, Myanmar dengan 24 negara sahaja yang I bertanding pada tahun 2017. Tahun seterusnya, penyertaan melonjak ke 40 negara di Paris, France dan 47 negara di Stockholm, Sweden pada tahun 2019. Kini ia akan muncul pula di Kuala Lumpur, Malaysia dengan anggaran sebanyak 50+ negara yang akan hadir.

Inilah, i-SiNG World Championship. Dalam masa yang singkat sahaja, kejohanan i-SiNG World telah berjaya memikat ramai penyanyi-penyanyi l handalan dari seluruh dunia. Kini ia merupakan salah satu kejohanan vokal terbesar didunia yang menawarkan penyanyi berbakat peluang untuk menonjolkan persembahan mereka diperingkat antarabangsa. i-SiNG memberi pengalaman terbaik kepada para peserta untuk menonjolkan bakat mereka di persada dunia.

Kejohanan ini akan berlangsung dari 10 - 17 September 2020 di hotel terkemuka Berjaya Times Square Hotel. Kejohanan ini diiktiraf dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan secretariat Visit Truly Asia Malaysia 2020.


i-SiNG bukan sekadar sebuah pertandingan, tetapi satu peluang untuk belajar dari guru-guru vokal, penerbit dan pencipta lagu terbaik dalam bengkel Vocal Bootcamp yang akan diadakan nanti. 1a juga merupakan peluang terbaik bagi meluaskan pergaulan (networking) dan pengalaman bersama artis-artis antarabangsa yang lain. i-SiNG menguji kehebatan dan taraf vokal para peserta di peringkat dunia.

Kejohanan akan dimulakan dengan majlis perasmian yang meriah dan menerujakan. Para negara bertanding akan berarak dalam kostum terbaik mereka bagi pertandingan Kostum Terbaik.

Kemudian mereka dan juga penyokong mereka akan dibawa melancong sekitar bandaraya Kuala lumpur. Kejohanan Akhir adalah satu majlis rasmi dengan para tetamu terdiri dari pegawai-pegawai tertinggi kementerian dan selebriti industri hiburan tanahair. Program i-SiNG ini akan bermula dengan sesi uji-bakat seluruh negara bagi memilih Pasukan Malaysia. Sesi-uji-bakat akan dianjurkan di Penang, Melaka, Kuantan, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching bermula pada bulan Mac ini.

Kesemua proses pemilihan ini akan disiarkan dalam satu program bersiri di RTM. Justeru itu, i-SiNG menawarkan peluang iklan dan promosi yang berlanjutan selama 7 bulan. Jarang sekali satu peluang begini muncul dinegara kita dan yang turut dikenali diseluruh dunia. Setakat mana anda ingin mengguna dan mengeksploitasikan peluang ini terpulang kepada kemampuan anda.

Matlamat i-SiNG World Championship
  • Untuk membangunkan dan mempromosikan para penyanyi tanahair dengan memberi peluang kepada mereka untuk bertanding dan menguji bakat mereka berbanding para penyanyi dunia yang lain.
  • Untuk memberi laluan kepada penyanyi tanahair untuk belajar dan bergaul (networking) dengan para penyanyi, penerbit dan agen-agen antarabangsa.
  • Untuk memertabatkan dan memperkukuhkan industri hiburan tanahair sebagai satu industri yang professional dan bertaraf antarabangsa yang mampu mengendalikan dan menganjurkan kejohanan besar antarabangsa.
  • Untuk menyokong dan menarik lebih pelancong ke Malaysia sempena kempen Melawat Malaysia 2020.

Kategori:
  • Junior - penyanyi solo berumur antara 6 hingga 16 tahun
  • Dewasa Solo - penyanyi solo berumur 17 tahun keatas
  • Kumpulan - terdiri dari 2 hingga 5 penyanyi tidak mengira umur

SYARAT-SYARAT ( Bagi Pemilihan Pasukan Malaysia)
  • Warganegara Malaysia
  • Membawa CD muzik sendiri
  • Peserta dibenarkan menyanyi dalam apa jua Bahasa. Tetapi bagi peringkat akhir, peserta perlu menyanyi 2 buah lagu dimana salah-satu mesti dalam Bahasa Malaysia.
  • Peserta mesti bebas dari mana-mana kontrak rakaman.
  • Yuran Penyertaan adalah RM100 bagi peserta solo dan RM200 bagi peserta kumpulan. Diskaun sebanyak 20% bagi pembayaran awal.

Lokasi & Tarikh Sesi Uji Bakat:
  • 14-15 Mac Plaza Pelangi, Johor Bahru
  • 21-22 Mac Mahkota Parade, Melaka
  • 04-05 April Centrepoint Sabah, Kota Kinabalu
  • 11-12 April Kuching, Sarawak
  • 20-21 Jun Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
  • 04 Julai Peringkat Akhir

i-SiNG Malaysia dan i-SiNG World disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan sekretariat Melawat Malaysia 2020.

Sebarang pertanyaan bolehlah ditujukan kepada: Romli Bidin – 0173101288 atau Michael Samy - +6593854971

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA