INNUENDO BAKAL KEMBALIKAN BELAIAN R&B DI ISTANA BUDAYA



Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangga mempersembahkan kumpulan R&B terkemuka Malaysia, INNUENDO, kembali ke industri muzik dengan konsert ‘comeback’ mereka pada hari Jumaat, 8.30 malam, 10 April 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


Selepas berehat atau hiatus panjang dari industri muzik, INNUENDO kembali dengan konsert untuk meraikan kemunculan semula mereka, INNUENDO - THE RETURN. Konsert dengan durasi dua jam itu tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat setia atau “die hard fan” mereka kerana INNUENDO akan melagukan repertoire dari album mereka di antaranya 'Selamanya', 'Gemawan' 'Ratu Hati', 'Belaian Jiwa' dan banyak lagi. 


Konsert yang memang dinanti-nantikan ini bakal menjadi sebuah malam yang diingati tambahan pula dengan kemunculan legenda Michael Veerapan sebagai pengarah muzik beserta 12 pemuzik yang akan mengiringi konsert ini. Ia bakal menjadi sebuah malam yang diingati oleh semua mata yang menonton dan merasa. 


Tiket-tiket berharga RM695 (Meet and Greet), RM355 (Diamond), RM255 (platinum), RM125 (Gold). Tiket konsert ini mulai dijual pada 17 Februari 2020, jam 2 petang di www.myticket.asia

INNUENDO - THE RETURN dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan merupakan konsert satu malam sahaja di Istana Budaya. 


INNUENDO - THE RETURN 
Tarikh: 10 April 2020 
Masa: 8.30pm 
Venue: Istana Budaya, Kuala Lumpur 
Harga tiket: RM695 (Meet & Greet) 
RM355 (Diamond) 
RM255 (Platinum) 
RM125 (Gold) 
No Telefon: 03 8605 0195 
Info Hotline: 012 256 0082 
Facebook: shirazprojects 
Instagram: shirazprojects 
Hashtag: #InnuendoTheReturn 

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI