GELAK KETAWA BERSAMA "QUEENS OF ASIA COMEDY SPECIAL"



Mari berhibur dengan persembahan komedi "Queens of Asia Comedy Special", yang menampilkan empat ratu komedi tersohor sempena Bulan Wanita Antarabangsa Mac ini.

Hanya untuk satu malam, persembahan komedi ini akan membuatkan penonton tidak kering gusi dengan penampilan Ratu Komedi Malaysia, Joanne Kam; pelawak dan sensasi Youtube Jepun, Yumi Nagashima; pelawak Singapura, Shahrul Channa, dan pelawak wanita nombor satu India, Aditi Mittal. Mereka bakal menyentuh isu-isu yang memperkasakan wanita dalam suasana gelak santai yang menghiburkan. 





Persembahan "Queens of Asia Comedy Special" bakal dilangsungkan di High Convention Centre Sentul untuk satu malam sahaja pada 13 Mac 2020 pada jam 8:30 malam. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari: QOA.qtic.my or WhatsApp: 0102700172

Comments

Popular posts from this blog

IKEA MALAYSIA SOKONG PEMBELAJARAN AWAL UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN

GENGGAM: RTM TONJOL SUKAN TINJU ANTARA DRAMA MERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

IJM LAND LANCAR ENLACE SUITES II DI PANTAI SENTRAL PARK