SHOPEE TINGKATKAN BEKALAN PRODUK PERLINDUNGAN COVID-19
Rakyat Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka daripada wabak COVID-19.
Akibatnya, topeng muka, cairan pembersih tangan, pembasmi kuman, dan
barangan lain makin berkurangan. Untuk menangani masalah ini, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah berbincang dengan
pengeluar topeng muka tempatan untuk meningkatkan pengeluaran disebabkan oleh
peningkatan permintaan sebanyak tiga kali ganda berbanding tempoh biasa.
Shopee giat berusaha
untuk memenuhi keperluan ini dengan bekerja rapat dengan pihak kerajaan,
pengeluar dan pengedar untuk mengendalikan rantaian bekalan dan memastikan
bekalan barangan keperluan mencukupi untuk rakyat Malaysia di seluruh negara.
Shopee telah mendapat bekalan topeng KF94 yang boleh didapati di S-Mart mulai
hari ini. Shopee juga dalam proses untuk mendapatkan stok tambahan untuk topeng
muka 3 lapis dan cairan pembersih tangan saiz perjalanan (50ml) yang boleh
didapati di S-Mart mulai minggu depan.
Shopee juga mengambil
langkah yang diperlukan untuk memastikan semua rakyat Malaysia berpeluang untuk
dapatkan topeng muka pada harga yang berpatutan. Topeng muka KF94 akan dijual
pada harga RM5.90 setiap satu, manakala satu set lima (5) helai 3-lapis topeng
muka akan dijual pada harga RM3.90. Setiap pengguna Shopee dihadkan kepada
maksimum satu (1) topeng KF94 dan satu
(1) set 3-lapis topeng muka.
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata komitmen dan tumpuan Shopee adalah kesejahteraan pengguna ketika penularan wabak ini. "Kami bekerja rapat dengan rakan kongsi, pengeluar dan pengedar kami untuk meningkatkan bekalan produk pembersihan untuk para pengguna. Kami faham bahawa rakyat Malaysia berasa bimbang tentang kekurangan bekalan dan kami ingin membantu mengurangkan tahap kebimbangan mereka dan memberikan mereka ketenangan fikiran. "
Topeng muka KF94 dan
3-lapis, serta cairan pembersih tangan, boleh didapati di S-Mart di https://shopee.com.my/s_mart.fbs
Comments
Post a Comment