COVID-19: MYNEWS MALAYSIA HARGAI PETUGAS BARISAN HADAPAN
Dengan keadaan pandemik masakini yang menjejaskan negara, jiwa rakyat Malaysia yang menitik beratkan ‘ringan sama dijinjing, berat sama dipikul’ tetap dirasai. Banyak yang ringan tangan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan terutamanya kepada petugas barisan hadapan yang bertugas sekudrat daya untuk mengawal penularan jangkitan wabak COVID-19.
Sepertimana yang kita semua ketahui, petugas barisan hadapan telah berusaha dengan gigih untuk memerangi wabak COVID-19 dan ia melibatkan banyak pengorbanan setiap pejuang ini. myNEWS Malaysia dan kakitangannya telah tampil ke hadapan untuk menyampaikan penghargaan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan dengan menyumbang lebih satu ribu unit produk jenama Maru Meals dan Maru Americano.
“Petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pekerja kesihatan dan pasukan polis sedang berjuang untuk memastikan keselamatan rakyat dalam keadaan yang berbahaya ini. Kami juga ingin memainkan peranan kami dengan menyumbangkan Maru Meals sebagai tanda setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka,” kata Dang Tai Luk, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif myNEWS Malaysia.
Tanda sokongan ini adalah dibawah naungan program tanggungjawab sosial myNEWS Malaysia iaitu myNEWS Cares. myNEWS menyumbangkan makanan segar jenama Maru oleh myNEWS yang hanya eksklusif di kedai-kedai myNEWS. Jenama Maru menawarkan serangkaian makanan dan minuman seperti Roti Segar, Set siap dimakan seperti set Bento, Sandwic, Onigiri, Snek Panas, Ais Krim dan Kopi Panas.
Kakitangan myNEWS telah menyediakan Maru Roti Segar, Sandwic, Onigiri dan Kopi Panas kepada pasukan polis dan pekerja kesihatan yang berkhidmat di beberapa kawasan serantau, termasuk pasukan sokongan lain seperti pasukan pembersihan dan juga pasukan keselamatan di hospital-hospital di Klang dan Banting – menggunakan trak mudah alih untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyumbang kepada petugas barisan hadapan.
Selain daripada itu, petugas media massa juga memainkan peranan penting untuk menyampaikan berita dan maklumat sahih kepada masyarakat juga tidak dilupakan. MyNEWS telah menyumbang kredit tunai menerusi aplikasi keahlian myNEWS untuk membolehkan mereka membeli barangan dengan mudah di mana-mana kedai myNEWS semasa bertugas.
“Kami juga ingin menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, agar petugas barisan hadapan dapat menangani penularan jangkitan wabak COVID-19 secara efektif,” kata Encik Dang.
myNEWS dianggap sebagai perkhidmatan penting yang digariskan oleh kerajaan dan masih beroperasi pada waktu yang diizinkan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat pada masa yang sama, ia juga bekerjasama dengan GrabMart untuk menghantar pesanan barang keperluan asas dan makanan ke pintu rumah, agar semua berselesa di rumah masing masing.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.mynews.com.my dan ikuti perkembangan terkini myNEWS Malaysia melalui Facebook dan Instagram.
Comments
Post a Comment