APAKAH KEUTAMAAN RAKYAT MALAYSIA DALAM MENCARI KERJA?



JobStreet Malaysia mengumumkan kajian pengambilan pekerja Laws of Attraction, dengan data yang berguna dari 10,000 calon tempatan, merentasi 25 industri. Kajian ini bersesuaian dengan situasi semasa di mana organisasi ingin membina dan mengekalkan kumpulan pekerja yang cekap dengan gabungan kemahiran dan corak pemikiran yang diperlukan dalam usaha menuju pemulihan ekonomi pasca COVID-19. 

Kajian Laws of Attraction bukan sahaja menawarkan maklumat dari Jobstreet yang spesifik untuk Malaysia, tetapi juga maklumat terbina dari segi pengkhususan, industri, kumpulan umur dan peringkat pekerjaan dengan perbandingan keseluruhan bagi setiap penemuan. Data kolektif ini tidak seperti data lain kerana ia boleh disesuaikan mengikut organisasi, membolehkan mereka meneroka dan mengenal pasti calon berbeza dari mana-mana industri berdasarkan keperluan organisasi dan kemahiran. 

Bagi organisasi Malaysia yang ingin terus mara selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan, penemuan-penemuan ini selari dengan pakej rangsangan Kerajaan yang bertujuan untuk membantu mengekalkan tenaga kerja sedia ada dan memperoleh bakat-bakat baru dalam usaha pembinaan semula. Sesuai dengan misi JobStreet sebagai rakan pencarian bakat yang dipercayai untuk organisasi, kajian ini boleh didapati dalam talian dalam bentuk laman mikro dengan tab navigasi yang mudah digunakan, dikategorikan mengikut segmen untuk mengecilkan pengkhususan seperti yang diperlukan oleh sesebuah organisasi. Ini mengukuhkan posisi JobStreet sebagai Rakan Pencarian Bakat Terbaik di Asia dengan alat-alat mesra pengguna untuk mencari calon yang terbaik. 

Kajian tersebut mendedahkan pemikiran empat generasi pencari kerja dari Gen Z: berumur 18-23, Gen Y: berumur 24-34, Gen X: berumur 35-54 dan Baby Boomers: berumur 55-65. 

Gaji dan Pampasan serta Keseimbangan Kerjaya-Kehidupan dianggap penting oleh semua calon Malaysia tetapi tidak untuk Gen Z. Mereka memilih Perkembangan Diri dan Pembangunan Kerjaya kerana baru menyertai tenaga kerja. 

Gen Y memberi tumpuan kepada Pembangunan Kerjaya dalam sesebuah organisasi apabila memilih pekerjaan – termasuklah latihan di luar negara dan peluang kenaikan pangkat. 

Jaminan Pekerjaan menjadi keutamaan untuk Gen Y, X dan Baby Boomers kerana faktor-faktor seperti komitmen atau keluarga. Kebanyakan rakyat Malaysia dalam tenaga kerja kini terdiri daripada Gen X dan Gen Y, masing-masing sebanyak 45% dan 40%. 

Penggerak utama juga berbeza mengikut industri. Gaji dan Pampasan menjadi keutamaan yang tinggi dalam industri Perbankan/Kewangan dan Penasihatan (IT), manakala Keseimbangan Kerjaya-Kehidupan penting untuk industri Pengiklanan dan IT. Bagi bakat-bakat dalam bidang Auto, Elektronik & Perkilangan serta Minyak & Gas, mereka lebih didorong oleh Pembangunan Kerjaya.

Laws of Attraction - Sekilas pandang: Keutamaan terperinci untuk 10,000+ calon-calon di Malaysia dari > 25 Industri

Dengan lebih ramai Gen Z, Gen X dan Baby Boomers bekerja bersama-sama, organisasi- organisasi kini berdepan cabaran baru dalam menguruskan tenaga kerja berbilang generasi. Di sinilah data Laws of Attraction dapat membantu mereka membuat saranan yang betul dan mengambil pekerja dengan tepat. 

Organisasi-organisasi juga berdepan masalah mengekalkan kakitangan dalam situasi yang mencabar ini berikutan masalah aliran tunai dan pendapatn. Bagi membantu organisasi-organisasi mengekalkan dan bukan membuang pekerja, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion. Pakej ini merangkumi pelbagai bantuan kewangan, dari penangguhan bayaran untuk ansuran cukai sehingga enam bulan hinggalah subsidi untuk gaji pekerja. Inisiatif ini disasarkan untuk membantu perniagaan PKS yang amat cenderung untuk memilih penyelesaian jangka pendek berikutan aliran tunai yang lemah, namun keputusan sedemikian biasanya melibatkan kos yang lebih tinggi dalam pemulihan krisis COVID-19 ini. 

Menurut En. Gan Bock Herm, Pengurus Negara JobStreet Malaysia, "Dengan tekanan ekonomi akibat COVID-19, para majikan amat memerlukan usaha pengambilan dan pengekalan kakitangan yang lebih baik. Inilah pentingnya data dan maklumat tempatan dalam memahami apa yang diperlukan oleh organisasi dan pekerja di Malaysia untuk membentuk kumpulan kakitangan yang amat penting untuk pemulihan ekonomi selepas wabak ini. Kajian Laws of Attraction menghasilkan maklumat mengenai penggerak penting merentasi empat generasi kumpulan bakat. Kesemua maklumat ini memberikan gambaran yang lebih jelas bagi organisasi dan perekrut untuk menarik dan mengekalkan bakat-bakat terbaik.” 

Dalam perjalanan organisasi menuju pemulihan, persekitaran pekerjaan berdepan transformasi sebagai tindak balas kepada ketidakpastian yang disebabkan oleh wabak ini. 

TENAGA KERJA BERBILANG GENERASI 

Dua faktor utama yang mencetuskan perubahan dalam tenaga kerja berbilang generasi adalah demografik dan transformasi teknologi. Dari segi demografik, setiap generasi mempunyai cara yang berbeza untuk berkomunikasi dan bekerja, dan setiap satunya dengan jangkaan yang berbeza terhadap majikan. Adalah penting untuk menguruskan jangkaan tersebut agar setiap anggota organisasi dapat bekerja dengan cekap. Kajian Laws of Attraction memberi maklumat yang terperinci kepada organisasi untuk memahami ciri-ciri generasi ini dan membolehkan mereka menarik perhatian, membina semangat berpasukan di samping membuat penyesuaian terhadap perubahan ekonomi. 

Seperti yang ditekankan oleh En. Gan, "Dengan adanya empat generasi ini bekerja bersama-sama, organisasi dan perekrut perlu memberi perhatian terhadap perkara-perkara kecil berkaitan kerjasama berbilang generasi supaya mereka dapat memaksimumkan penyepaduan, usaha sama dan keterlibatan dalam pemulihan dan kelestarian perniagaan.” 

MEMACU PENDIGITALAN 

Wabak COVID-19 telah memecutkan transformasi digital dalam organisasi. Ia pantas membentuk semula cara organisasi dan kakitangan berkomunikasi dan bekerja serta penggunaan teknologi seperti Big Data, Internet of Things (IoT), Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin dan Robotik untuk menghadapi permulaan wabak ini. 

Perubahan-perubahan ini juga memberi kesan kepada kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja serta bagaimana proses pengambilan pekerja dilakukan. Dalam masa hampir satu malam sahaja, organisasi-organsisasi bukan sahaja perlu mempercepatkan transformasi digital tetapi apa yang lebih penting, mengekalkan unsur kemanusiaan dalam proses pengambilan pekerja. 

Kajian Laws of Attraction mendapati bahawa 34% Gen Z boleh menerima temu duga melalui panggilan video berbanding generasi lain seperti Gen Y pada 32% dan Gen X pada 30%. Secara perbandingan, hanya 19% Baby Boomers boleh menerima temu duga melalui video. Ini menegaskan kepentingan organisasi untuk memasukkan unsur kemanusiaan ke dalam proses pengambilan pekerja. Sebagai contoh, organisasi yang pintar akan membuat penyesuaian dengan menyediakan pengalaman yang imersif dan menjadikan sesi tersebut lebih menyerupai perbualan dua hala. Bakat-bakat yang ditemu duga pula boleh menilai sendiri nilai-nilai, budaya, malah juga kakitangan di sesebuah syarikat kerana mereka “hadir dalam temu duga tersebut”. 

KESEIMBANGAN KERJAYA-KEHIDUPAN 

Faktor kedua yang paling lazim untuk semua generasi dan merupakan subpenggerak untuk keseimbangan kerjaya-kehidupan adalah kebolehan bekerja dari rumah atau dari jauh. Ini terbukti penting dan relevan dengan situasi semasa apabila kerajaan Malaysia melaksanakan penjarakan sosial dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penyebaran wabak COVID-19. Ia telah menjadi keperluan dan bukan satu pilihan, dalam keadaan di mana industri-industri bukan keperluan perlu beroperasi dari jauh bagi memastikan kelangsungan perniagaan. 

Penemuan kajian Laws of Attraction membantu organisasi-organisasi memahami persepsi bekerja dari rumah untuk keempat-empat generasi tersebut. Ia mendedahkan bahawa 72% Gen X memilih untuk bekerja dari rumah, diikuti oleh Gen Y dengan 71%, Gen Z dengan 64% dan Baby Boomers pada 66%. Rakyat Malaysia menerima dengan terbuka konsep bekerja dari rumah atau dari jauh, memandangkan kadar persetujuan melebihi 50% bagi semua generasi. 

Penemuan yang menyeluruh dari kajian Laws of Attraction oleh JobStreet Malaysia menawarkan perspektif yang baik ke atas bakat-bakat untuk organisasi dan membantu organisasi merancang tenaga kerja dengan strategik, terutamanya ketika berdepan dengan ketidakpastian ekonomi. Penemuan ini juga akan membantu meminimumkan konflik dalam proses pengambilan pekerja dengan memahami faktor-faktor yang menarik minat bakat-bakat di Malaysia terhadap sesuatu pekerjaan dan bagaimana cara mengekalkan mereka untuk jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut, layari:
https://www.jobstreet.com.my/en/cms/employer/laws-of-attraction/


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO