PAVILION REIT MALLS MENYATUKAN KOMUNITI MELALUI MAJLIS IFTAR RAMADAN YANG PENUH KEMERIAHAN
Sempena bulan Ramadan suci ini, Pavilion REIT Malls – Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil dan Intermark Mall sekali lagi menyatukan komuniti menerusi penganjuran Majlis Berbuka Puasa Bersama yang berlangsung di Aras 3, PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil pada petang Rabu, 11 Mac 2026.
Majlis ini telah menyantuni pelbagai kumpulan tetamu, termasuk pelbagai institusi kanak-kanak di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, rumah-rumah anak yatim tempatan serta penduduk dari komuniti Bukit Jalil. Acara ini dijayakan hasil usaha kolektif dan dedikasi kakitangan Pavilion REIT Malls, dan menyediakan peluang yang bermakna kepada para tetamu untuk bersama-sama berbuka puasa dalam suasana yang mesra dan penuh kehangatan.
Majlis malam tersebut bukan sekadar tentang berkongsi hidangan, tetapi juga mencerminkan semangat Ramadan yang mengangkat tali silaturahim, kasih sayang dan kesyukuran, sambil mencipta momen bahagia buat kanak-kanak dan keluarga daripada pelbagai latar belakang.
Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, majlis ini menyambut kehadiran tetamu daripada Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Asrama Sentosa Kuala Lumpur dan Asrama Bahagia Kuala Lumpur. Turut serta ialah peserta daripada Pusat Jagaan Kasih Murni, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah dan Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd, serta anggota komuniti daripada Komuniti Sri Rakyat Bukit Jalil dan Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil. Meskipun berasal daripada latar belakang berbeza, semua tetamu berhimpun dalam suasana yang meriah dan inklusif, sambil berkongsi kegembiraan serta semangat kebersamaan yang sinonim dengan bulan Ramadan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Pavilion REIT Malls dalam mencipta pengalaman bermakna serta mengeratkan hubungan dengan komuniti. “Ramadan mengingatkan kita tentang pentingnya nilai belas ihsan, kemurahan hati dan kebersamaan. Melalui majlis ini, kami berharap dapat mewujudkan ruang untuk kanak-kanak, keluarga dan anggota komuniti berkongsi detik bermakna serta merasai kehangatan berbuka puasa bersama. Di Pavilion REIT Malls, kami percaya pusat beli-belah kami bukan sekadar destinasi membeli-belah, tetapi juga ruang yang menyatukan komuniti. Melihat senyuman dan kegembiraan yang dikongsi pada malam ini mengingatkan kita betapa bermaknanya detik-detik kebersamaan seperti ini,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT, Encik Patrick Liau.
Sepanjang majlis berlangsung, para tetamu turut menikmati pelbagai aktiviti kebudayaan dan interaktif. Sementara menunggu waktu berbuka, kanak-kanak dan keluarga mengambil bahagian dalam Bengkel Lukisan Batik yang dianjurkan oleh UCSI University, pelbagai permainan menarik dianjurkan oleh Watsons, serta permainan ‘kiddy rides’ yang disediakan oleh Toy World. Penampilan khas watak popular BoBoiBoy dan Papa Zola turut menceriakan suasana, sekali gus mengundang sorakan dan keterujaan dalam kalangan kanak-kanak. Majlis turut diserikan dengan persembahan tradisional, termasuk muzik instrumental Ghazal serta Orkes Melayu oleh KBS Band dan Melody Buskers. Barisan pemuzik juga menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu Raya yang rancak, bagi menambah lagi kemeriahan suasana perayaan.
Para penyewa dan rakan jenama turut memainkan peranan penting dalam menjayakan Majlis Berbuka Puasa Bersama ini. Antaranya termasuk Beautea, Chongdee, Christine’s Bakery, Delicieux Coffee & Food, D’Laksa, Empire Sushi, Food Republic, Grandmama’s, Hanare, Happy Potato, Horlicks, India Gate, Inside Scoop, Julie’s, Krispy Kreme Doughnuts, Mee Hiris China Muslim, Milo, Mixue, Muji, Oriental Kopi, Snickers, Starbucks, Toy World, Twix, UCSI University, Uncle Soon, Verrona Hills Bread & Patisserie, Watsons dan Yam Fresh, yang bersama-sama memastikan para tetamu menikmati pelbagai pilihan makanan, snek dan minuman sepanjang majlis berlangsung.
Untuk maklumat lanjut, layari:
● Pavilion Kuala Lumpur, https://www.pavilion-kl.com/
● Pavilion Bukit Jalil, www.pavilion-bukitjalil.com
● Intermark Mall, https://www.intermark-mall.com/
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment