MAYAIR GROUP SUMBANGKAN PEMBERSIH UDARA KEPADA HOSPITAL



Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 yang amat membimbangkan rakyat negara, pelbagai organisasi telah berusaha untuk perangi pandemik ini, termasuklah peneraju pembersih udara antarabangsa yang terkemuka dan berasal dari Malaysia, MayAir Group. 

Untuk kebajikan semua dan juga untuk mencegah penularan penyakit berjangkit di hospital, MayAir Group mengorak langkah dengan menyumbangkan siri pembersih udara termasuk D-Breath 5 dan Air Purifier 401 yang bernilai RM100,000 kepada Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kluang, Johor. Ir Yap Wee Keong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MayAir Group, menjelaskan bahawa pembersih udara ini secara khususnya mampu menyaring partikel aerosol atau titisan udara yang mengandungi bakteria dan virus. 

“D-Breath 5 (disahkan dengan pengesahan AHAM dan CE) didatangkan dengan penapis HEPA yang mampu menyaring partikel aerosol atau titisan udara yang mengandungi bakteria dan virus, dan ini sebabnya kami memperuntukkan pembersih udara siri ini untuk hospital yang merawat COVID-19. Selain penyingkiran mikrob, penapis ini diperbuat daripada medium penapis ultra halus yang mampu mengeluarkan partikel yang lebih besar daripada 0.3µm dengan kecekapan minimum 99.99%,” ujar Ir Yap. 

“Kami mengenal pasti pengorbanan seharian para petugas barisan hadapan dan oleh itu, MayAir juga ingin membantu sambil melakukan yang terbaik untuk mengurangkan risiko jangkitan bagi mereka. Kami ingin memastikan yang mereka tidak ditinggalkan dan bahawa kami mementingkan kesihatan dan keselamatan mereka juga.” 

Sebagai salah satu perintis teknologi penapisan udara di China, MayAir Technology (China) Co. Ltd., syarikat bersekutu MayAir Group, juga menghulurkan bantuan dengan mendermakan siri pembersih udara dan penapis udara kepada pelbagai hospital di China apabila wabak ini mula dikesan pada Januari 2020, termasuk Huoshenshan Hospital, Leishenshan Hospital, Jinyintan Hospital, Xiehe Hospital, Asia Heart Hospital, Huangpi County Hospital of Traditional Chinese Medicine yang terletak di Wuhan; Shanghai HuaShan Hospital, Ninth People’s Hospital, No.10 People’s Hospital dan banyak lagi. 

“Ianya tanggungjawab kami untuk menghulurkan bantuan yang sebaik mungkin untuk mereka yang memerlukan untuk perangi Covid-19, terutamanya mereka yang bertugas di barisan hadapan yang telah banyak membuat pengorbanan sejak beberapa bulan yang lalu,” kata Ir Yap.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO