RANGKAIAN UNIFI DIOPTIMAKAN UNTUK PENGALAMAN LEBIH BAIK



Dengan sebahagian besar rakyat Malaysia berada di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan, unifi, sebagai pemacu sambungan dan gaya hidup digital negara, telah mengenalpasti titik kesesakan dalam rangkaian domestik dan antarabangsanya yang telah menyebabkan sambungan yang sedikit perlahan kepada kebanyakan pengguna terutamanya ketika waktu puncak dan di kawasan yang berkepadatan tinggi. unifi ingin memberi jaminan kepada para pelanggannya bahawa langkah-langkah yang sewajarnya telah diambil untuk menyelesaikan situasi tersebut dan kini telah menunjukkan hasil positif. 

Mengulas mengenai langkah-langkah yang telah diambil, Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersil, Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, “Untuk meredakan kesesakan rangkaian domestik yang memberi kesan kepada pelanggan unifi di wilayah Tengah dan Selatan Malaysia Barat serta di Malaysia Timur, TM telah melaksanakan aktiviti pengoptimuman rangkaian dan penambahan kapasiti. Sukacita kami ingin memaklumkan bahawa hasil pelaksanaannya telah menunjukkan trend penurunan kesesakan rangkaian, bermakna kelajuan internet yang lebih baik buat para pelanggan. Kami juga sentiasa berkomunikasi dengan penyedia platform penstriman, permainan, dan produktiviti antarabangsa yang popular, untuk menyelaraskan perkhidmatan mereka dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Kami akan terus memantau prestasi rangkaian kami bagi memastikan para pelanggan sentiasa menikmati pengalaman perkhidmatan yang dipertingkatkan.” 

Sebelum ini, TM juga telah memaklumkan bahawa ia telah berjaya memulihkan kapasiti rangkaian antarabangsanya yang terjejas akibat kerosakan kabel Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) dengan mengalihkan haluan dan mengoptimumkan trafik sepenuhnya menerusi laluan sambungan antarabangsa alternatif. TM sedang bekerjasama rapat dengan rakan-rakan antarabangsa untuk menyelaras dan mengalihkan haluan trafik secara proaktif bagi meminimumkan impak terhadap pelanggan. Hasilnya, sambungan data kepada lokasi-lokasi dan pelayan-pelayan yang dihoskan di Hong Kong dan Amerika Syarikat kini telah dioptimumkan sepenuhnya untuk dinikmati semua. 

“Dengan sambungan rangkaian antarabangsa telah dipulihkan sepenuhnya, para pelanggan kini boleh terus menikmati kelajuan, akses tanpa gangguan kepada laman sosial dan platform produktiviti pilihan mereka. Kami komited untuk membantu anda kekal berhubung dengan orang tersayang, memastikan anda terus terhibur, dan membolehkan anda kekal produktif semasa tempoh PKP ini,” jelas Anand. 

Berdasarkan maklum balas pelanggan yang dilaporkan menerusi saluran perkhidmatan pelanggan unifi, terdapat banyak isu WiFi kediaman disebabkan permintaan lebar jalur yang lebih tinggi berikutan peningkatan mendadak bilangan pengguna dan peranti yang disambungkan, terutamanya semasa tempoh PKP. 

Untuk membantu menyelesaikan isu-isu ini, unifi telah berkomunikasi secara proaktif dengan pelanggannya menerusi siri video-video bermaklumat dan panduan mudah di laman sosial tentang cara terbaik untuk memperbaiki ketetapan rangkaian di kediaman mereka untuk pengalaman sambungan yang lebih baik. Ini termasuklah tips tentang lokasi terbaik untuk meletakkan penghala (router) bagi meningkatkan kekuatan isyarat, penggunaan penghala dwi-jalur untuk memperbaiki tahap kelengahan (latency), dan sistem WiFi mesh untuk meningkatkan keseluruhan liputan, terutamanya di kediaman bersaiz besar. 

Sementara itu, bertepatan dengan penawaran uniknya iaitu pelan kediaman dan mudah alih tanpa had, unifi telah melanjutkan langkah-langkah untuk membantu pelanggan dan perniagaan #kekalbermaklumat dan #kekalproduktif sehingga 28 April 2020, selari dengan lanjutan tempoh PKP seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Pelanggan pascabayar unifi Mobile akan terus menikmati pas hotspot LTE 999GB PERCUMA, sebagai tambahan kepada pas hotspot LTE 10GB sedia ada mereka manakala pelanggan pra-bayar unifi Mobile #BEBAS akan terus menerima pas data tujuh hari (7) tanpa had PERCUMA. Selain itu, pelanggan unifi TV boleh kekal terhibur dengan akses PERCUMA kepada kesemua saluran di unifi TV, termasuklah saluran premium dan unifi PlayTV; serta diskaun 20% untuk kesemua filem Video-On-Demand (VOD) di dalam kategori HyppFlicks Plus. Untuk pelanggan perniagaan, mereka akan terus menikmati pas hotspot LTE unifi Mobile Biz, akses PERCUMA kepada platform Penyelesaian Pemasaran Digital (DMS) dan diskaun 20% untuk perkakasan produktiviti, selain bantuan kewangan dari rakan-rakan perbankan unifi. 

TM memiliki lebih daripada 6,000 ejen pusat khidmat pelanggan, pasukan teknikal dan jurutera yang terus bekerja 24 jam 7 hari seminggu dalam pelbagai syif untuk memastikan rangkaiannya sentiasa tersedia untuk pelanggan, supaya mereka kekal dilayani semasa tempoh PKP. Walaupun semua aktiviti pemasangan di premis pelanggan telah ditangguhkan, aktiviti-aktiviti baikpulih rangkaian dan perkhidmatan yang tidak melibatkan kehadiran di dalam premis pelanggan akan terus berjalan seperti biasa. TM akan terus melakukan pemasangan dan aktiviti baik pulih sepenuhnya di luar premis pelanggan serta di hospital, klinik dan agensi-agensi kritikal lain. 

Sementara itu, pasukan bantuan kami sentiasa bersedia dan, seperti biasa, pelanggan boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan bantuan menerusi pelbagai saluran perkhidmatan pelanggan kami. Semasa tempoh PKP, waktu operasi Pusat Khidmat Pelanggan TM adalah seperti di bawah: 

TMpoint 
Kesemua premis TMpoint di seluruh negara adalah ditutup; walau bagaimanapun Kiosk Bayaran TM di TMpoint terpilih tetap dibuka (sila rujuk senarai penuh di https://unifi.com.my/lsds/assets/documents/TMPaymentKiosk.pdf

Pusat Panggilan TM di 100, Live Chat, Media Sosial dan e-mel 
Waktu operasi: 7.00 pagi sehingga 9.00 malam 

Pusat Khidmat Pelanggan Perniagaan di 1060 
Waktu Operasi: 24 x 7 

Saluran-saluran Digital
Saluran-saluran layan-diri: 
  • Aplikasi myunifi (boleh dimuat turun untuk pengguna Android dan iOS) 
  • Portal unifi – unifi.com.my 
  • Forum komuniti dalam talian unifi di community.unifi.com.my 
Lain-lain platform laman sosial (dari 7:00 pagi hingga 9:00 malam): 

Saluran-saluran pembayaran 

Pembayaran bil secara tunai di 7-eleven, MyNews, Speedmart 99, KK Mart dan stesen Petronas di seluruh negara. 

Saluran pembayaran lain termasuklah TM Autopay dan unifi.com.my, dan aplikasi mudah alih iaitu myunifi, Boost dan Touch n Go. 

Lakukan pembayaran secara online menerusi mana-mana bank pilihan anda menggunakan JomPay dengan kod bil TM: 8888 untuk unifi Home, 3608 untuk unifi Mobile dan 2345 untuk Streamyx dan Suara. 

Pelanggan yang ingin meningkatkan kelajuan lebar jalur atau memerlukan bantuan berkenaan perkhidmatan unifi, boleh membuat permohonan menerusi aplikasi myunifi atau pusat khidmat pelanggan unifi dengan menghubungi 100.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan-pelan unifi Home, pelanggan boleh melayari laman sesawang unifi di www.unifi.com.my/personal

Untuk #kekalbermaklumat, layari portal StayAlert.my – sumber maklumat sahih sehenti inisiatif oleh TM, bagi membantu rakyat Malaysia terus menerima berita dan perkembangan terkini berkenaan COVID-19.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI