SYAMEL TUJUKAN "WIRA DI HATI" KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN



Selepas muncul dengan single ‘Curang’ tidak lama dulu, penyanyi dan pencipta lagu berbakat Syamel muncul dengan sebuah lagi lagu istimewa sebagai tanda penghargaan untuk para pekerja barisan hadapan atau ‘frontliners’ yang berkorban demi rakyat dalam menangani wabak Covid-19.

Lagu yang berjudul ‘Wira di Hati’ ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Syamel sendiri dan diterbitkan oleh Zimi Sofarz. Menurut Syamel “'Wira di hati', merupakan penghargaan buat pihak barisan hadapan (frontliners) kita yang bertungkus lumus, menggadai tenaga dan nyawa untuk menyelamatkan kami, rakyat Malaysia semasa wabak Covid-19.

Lagu ini membawa satu penyampaian yang sangat besar, dari kami, buat barisan hadapan di luar sana. Selain itu, lagu ini juga turut memaparkan ucapan penghargaan dari kami, rakyat Malaysia dan juga ucapan daripada barisan hadapan sendiri.”

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, ”Lagu Ini merupakan lagu yang sesuai untuk menghargai pengorbanan para frontliners dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati para pendengar radio yang bakal menjalani ibadah puasa .”


Lagu ‘Wira Di hati’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI