TRIUMPH LANCAR KOLEKSI FIT SMART UNTUK MUSIM BUNGA



Koleksi baru dari Triumph sempena Musim Bunga ini, Fit Smart menampilkan coli baru inovatif yang direka sebagai reaksi kepada keperluan kehidupan wanita yang sibuk. 

Dengan lebih 130 tahun pengalaman mencipta pakaian dalam yang muat sempurna, inovasi terkini dari Triumph telah direka untuk kehidupan moden wanita yang mendesak.Di sebalik tanggapan gaya ringkas adalah sistem sokongan pintar yang direka mengikut potongan unik wanita, mengadaptasi sepanjang siang dan malam berganti bulan, malah dalam apa saja acara. 





Ukuran yang boleh diubahsuai dan ringkas dimungkinkan melalui kejuruteraan renda regangan 4D dan mangkuk coli busa regangan 4D, bersama rekaan pintar terselindung yang membolehkan muat secara fleksibel. Coli tidak berdawai ini juga mempunyai tali sokongan yang elastik dengan laras penuh dan penambahan pengetat empat cangkuk, untuk pemasangan yang muktamad mengikut kehendak individu. 

Menawarkan keselesaan dan sokongan yang sempurna, fabrik berjahit khas ini mengampu dan menyokong payudara untuk bentuk yang memuaskan. Alas busa regangan 4D yang selesa beradaptasi dengan saiz dan bentuk badan anda, bersama dengan tali mengampu sampingan di bahagian dalam untuk pemusatan dan sokongan tambahan. Kemasan tidak berkelim memberikan keselesaan tambahan, menjadikannya pakaian dalam harian yang ideal. 


Koleksi baru Fit Smart boleh didapati dalam pilihan warna Nude Beige, Black, Terracotta dan Wedgewood Blue dengan padanan celana dalam hipster. Boleh didapati sekarang pada harga RM249 untuk coli dan RM89.90 untuk celana dalam. 

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM