DUTCH LADY MILK BAWAKAN PENGALAMAN VIRTUAL RAMADAN



Dutch Lady, jenama tenusu nombor satu di Malaysia, telah membawa kembali dua produk susu berperisa Kurma dan Ros Bandung sempena bulan Ramadan atas permintaan ramai. Ianya memberikan khasiat yang baik dan tambahan tenaga dengan rasa yang enak untuk membantu rakyat Malaysia dalam menjalani ibadah pada bulan yang penuh bermakna ini sambil bermuhasabah diri serta meluangkan masa bersama keluarga.

Diperbuat dari ekstrak kurma dan ros sebenar, Dutch Lady Kurma dan Ros Bandung dihasilkan untuk memastikan umat Islam di Malaysia mendapat nutrisi secukupnya untuk kekal cergas dari sahur hinggalah ke waktu iftar terutamanya dalam menghadapi cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Umat Islam di Malaysia boleh memulakan hari mereka dengan Dutch Lady Kurma untuk memberi tenaga berpanjangan untuk berpuasa sepanjang hari. Mereka boleh mengakhiri hari mereka dengan segelas Dutch Lady Ros Bandung pada waktu iftar bersama keluarga tersayang. Pada tahun ini Bazar Ramadan seluruh negara tidak beroperasi dan susu Dutch Lady Ros Bandung kini boleh menjadi alternatif yang lebih sihat dan enak berbanding air yang anda selalu beli di bazar itu.

Sementara negara kita menyambut Ramadan dalam keadaan yang tidak pernah dibayangkan ini dan dalam mempraktikan juga amalan penjarakan sosial untuk kebaikan semua, siri Virtual Ramadan yang akan diadakan buat julung kalinya ini membolehkan rakyat Malaysia dan masyarakat majoriti beragama Islam untuk menyambut Ramadan pada tahun 2020 sebaik mungkin sambil memenuhi matlamat kami untuk terus memberi nutrisi terbaik kepada negara. 

Siri Virtual Ramadan ini bakal menyaksikan kolaborasi diantara Dutch Lady, jenama tenusu Malaysia No.1 dan selebriti ibu, Syatilla Melvin (@samtilla) dan Eina Hazman (@eina_azman) sebagai hos bagi siri ini yang akan bersiaran secara langsung di Instagram mereka untuk merapatkan diri mereka bersama komuniti dan juga berkongsi persiapan mereka ketika waktu sahur dan juga iftar. Strim live Syatilla akan berlangsung pada 25 April 2020, manakala Eina akan bersiaran pada 9 May 2020. 


“Kami memahami bahawa sambutan Ramadan yang disambut tanpa keluarga tersayang mungkin merupakan satu cabaran mental dan emosi untuk ramai diantara kita kerana Ramadan antara waktu yang digunakan untuk merapatkan silaturrahim dan jurang diantara keluarga dan teman rapat,” kata Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, Tarang Gupta.

“Kami mengambil kira kepentingan waktu ini, dan tidak teragak-agak untuk memperkenalkan siri #DLVirtualRamadan dalam usaha untuk membawa komuniti bersama untuk berkongsi pengalaman dalam menyambut sambutan yang penuh bermakna ini dengan semangat perpaduan dan mengambil peluang ini untuk muhasabah diri. Dengan inisiatif ini, kami berharap dapat menggalakkan keluarga untuk memperkukuhkan hubungan pada waktu ini dengan Dutch Lady Kurma dan Dutch Lady Ros Bandung melalui tradisi menyediakan hidangan pada bulan Ramadan iaitu semasa waktu sahur dan juga iftar,” tambah Tarang.

#DLVirtualRamadan Dutch Lady bertujuan untuk mengukuhkan hubungan diantara rakyat Malaysia dikala ramai merasakan hubungan sudah terputus disebabkan oleh penjarakan sosial yang perlu diamalkan. Peminat yang telah pun menyaksikan IG live Syatila Melvin pada 25 April telah mendapat peluang turut serta dalam persiapan Ramadan beliau dan mendapat tip kegemarannya pada bulan yang mulia ini. Untuk terus memanfaat situasi ini, penonton boleh menjangkakan pengalaman iftar yang menarik bersama selebriti ibu Eina Azman, yang bakal berkongsi resepi yang menarik sambil masyarakat Muslim seluruh negara berbuka puasa bersamanya. Untuk pengalaman yang lebih menyeluruh, penonton boleh turut bertanya soalan kepada Eina Azman tentang penyediaan Ramadan kali ini dan berpeluang untuk memenangi kit Ramadan Dutch Lady Istimewa. Maklumat untuk turut serta adalah seperti berikut:

Dutch Lady Kurma dan Dutch Lady Ros Bandung kini boleh didapati di kesemua pasaraya dan pasar besar serta platform e-dagang di seluruh negara, selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut berkaitan siri #DLVirtualRamadan, layari laman Instagram Dutch Lady di https://www.instagram.com/dutchladymy dan laman Facebook di https://www.facebook.com/dutchladymalaysia. Untuk maklumat lanjut berkaitan Dutch Lady Kurma dan Dutch Lady Ros Bandung, layari www.dutchlady.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA