NANDO'S MALAYSIA MELANCARKAN INSENTIF 'KIND DINING’



Nando's Malaysia akan melancarkan initisatif Nando's “Kind Dining” yang meliputi seluruh negara dari 15-31 May 2020. Pelanggan setia Nando's boleh menghulurkan sumbagan dalam bentuk makanan kering ke arah usaha ini dan seterusnya menerima diskaun sebanyak 20% ke atas pembelian hidangan Nando's mereka kelak. 

“Kind Dining” merupakan satu projek komuniti yang diilhamkan oleh Nando's dengan sokongan rakan strategik badan bukan kerajaan (NGO) seperti The Lost Food Project, Suriana Malaysia, Yayasan Foodbank, GoJobMy, Kechara Soup Kitchen dan rumah kebajikan sekitar cawangan dan komuniti Nando’s. 

Inisiatif julung kali dari Nando's ini akan melibatkan pengumpulan dan pengagihan makanan tahan lama yang akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat penularan wabak COVID 19 dan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP).

Menurut Ketua Pegawai Executive Nando’s Malaysia, Stephen "Di Nando's, kami menyedari keadaan semasa sekarang adalah satu cabaran untuk rakyat Malaysia. Oleh itu, di samping mengumpul barangan makanan untuk golongan yang amat memerlukan, kami juga ingin menunjukkan penghargaan kepada masyarakat Malaysia yang turut menyumbang ke arah usaha ini, menerusi diskaun di Nando’s. Situasi kini membuka peluang untuk kita semua mengembeling tenaga dalam usaha memberi apa jua sumbangan yang semampunya.” 

Beliau menyambung, “Kami di Nando's berasa sangat bertuah kerana berada di tempat yang mebolehkan kami untuk menyebar semangat positif dan kekitaan kepada seluruh masarakat Malaysia. Kami berharap agar dapat menggalakkan lebih banyak penyertaan dan seterusnya menyalurkan lebih banyak sumbangan kepada mereka yang memerlukannya, terutama sekali di ambang Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi. Semoga inisiatif ini akan menyemarakkan lagi semangat komuniti di kalangan komuniti kita.”

Pelanggan yang ingin meyumbang makanan untuk inisiatif ini boleh mengunjungi mana-mana 72 cawangan Nando's di seluruh negara yang beroperasi semasa PKP. Pelanggan akan menerima diskaun 20% ke atas pembelian hidangan Nando’s setelah membuat sumbangan. Barangan yang bersesuaian untuk disumbangkan termasuk bungkusan beras yang baru dan belum dibuka, makanan bertin, minyak memasak, minuman berbotol, susu tepung, bijirin, gandum dan gula.

Semua barang mestilah halal, boleh dimakan dan masih belum melepasi tarikh lupus. Pihak yang berminat boleh melayari www.nandos.com.my untuk mengenal pasti senarai cawangan Nando's yang terlibat di dalam inisiatif ini.

Inisiatif Nando’s ini diinsipirasikan oleh impian untuk merapatkan jurang di kalangan masyarakat, terutama sekali di dalam situasi kini yang penuh dengan dugaan. Di samping inisiatif “Kind Dining", Nando's juga telah menghulurkan sumbangan makanan melalui inisiatif "Chicken with a Heart", yang dijayakan bersama rakan kerjasama NGO seperti Kechara Soup Kitchen, Yayasan Foodbank Malaysia, Suriana Welfare Society and GoJobMy. Usahasama yang bermula 3 bulan lepas ini telah memperlihatkan sumbangan makanan bernilai lebih RM 70,000 yang telah disalurkan kepada lebih 5,000 para petugas barisan hadapan dan golongan masyarakat yang amat memerlukan. 



Untuk keterangan lanjut mengenai PERi-PERi Nando's, sila layari www.nandos.com.my atau di laman Facebook, Instagram danTwitter @nandosmy.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO