SEMUA WCT MALLS KEMBALI BEROPERASI MULAI 4 MEI 2020
Paradigm Mall Johor Bahru |
Berdasarkan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri pada 1 Mei 2020, mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (“PKPB”), WCT Malls, bahagian pelaburan hartanah dan pengurusan WCT Holdings Berhad akan kembali beroperasi membuka pusat membeli-belah di bawah pengurusannya, iaitu Paradigm Mall Petaling Jaya (PMPJ), Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB), gateway@klia2 dan Skypark Terminal, setiap hari mulai 4 Mei 2020.
Selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, pengunjung yang mengunjung ke WCT Malls akan diwajibkan menjalani proses saringan suhu badan. Pelanggan juga diminta untuk memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter untuk membantu memelihara kesihatan orang awam.
Pusat membeli-belah WCT juga telah mengambil beberapa langkah berhati-hati dalam memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan, penyewa, penjual dan kakitangan sentiasa dalam keadaan terjaga. Kawasan berisiko tinggi yang melibatkan sentuhan secara langsung seperti meja makan medan selera, eskalator, tombol pintu dan direktori elektronik akan dibersihkan setiap dua jam sekali.
Pelanggan juga akan mendapat akses kepada pembersih tangan yang disediakan di semua kaunter dan lokasi-lokasi yang lain di seluruh pusat membeli-belah.
Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management berkata, “Kami sangat teruja untuk menyambut kedatangan pelanggan-pelanggan ke pusat membeli-belah kami. Kami juga akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menguatkuasakan penjarakan sosial yang telah ditetapkan. Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan adalah sangat penting untuk kami. Kami di WCT Malls akan terus mengamalkan kebersihan yang baik dan mengambil langkah proaktif menjaga kebersihan dalam memastikan persekitaran yang selamat untuk pelanggan, penyewa, vendor dan kakitangan kami.”
Selain itu, semua kedai di dalam WCT Malls akan dibuka dengan kapasiti sebanyak 30 peratus dan jumlah pengunjung akan dihadkan. Hanya beberapa orang sahaja akan dibenarkan masuk ke dalam kedai runcit tertentu. Dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa di bawah pelaksanaan PKPB, hanya sektor makanan dan minuman sahaja akan dibuka untuk pelanggan menjamu selera di Paradigm Mall Johor Bahru.
SOP ini juga termasuklah susunan meja sekurang-kurangnya dua meter jarak serta mencatat butiran pelanggan bagi membolehkan pengesanan kenalan. Walau bagaimanapun, semua pusat membeli-belah WCT akan terus menawarkan perkhidmatan bawa pulang dan penghantaran makanan.
Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan pembayaran tanpa tunai seperti e-wallet, kad kredit dan debit bagi mengurangkan penularan melalui sentuhan secara langsung.
Sebagai tanda menyambut kedatangan pelanggan kami, Paradigm Mall Petaling Jaya akan menjalankan kempen ‘Welcome Back Gift Giveaway’ mulai 4 hingga 21 Mei 2020.
Pelanggan yang berbelanja maksimum sebanyak RM200 ke atas dalam gabungan tiga resit akan berpeluang menebus baucar tunai bernilai RM20.
*Tertakluk pada terma dan syarat, berdasarkan siapa cepat dia dapat. Paradigm Mall Petaling Jaya akan dibuka dari jam 11 pagi hingga 8 malam, Paradigm Mall Johor Bahru akan beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam, gateway@klia2 akan dibuka kepada khalayak umum diantara jam 10 pagi hingga 10 malam, sementara Terminal Skypark pula akan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.
Pusat gimnasium, panggung wayang, ruang solat, kawasan tempat duduk awam dan tempat-tempat hiburan lain di seluruh WCT Malls akan terus ditutup.
Laman web:
Paradigm PJ: www.paradigmmall.com.my
Paradigm JB: www.paradigmall.com.my/jb
gateway@klia2: www.gatewayklia2.com.my
Skypark Terminal: http://www.subangskypark.com/
Halaman Facebook:
Paradigm PJ: https://www.facebook.com/ParadigmPJ/
Paradigm JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB/
gateway@klia2: https://www.facebook.com/gatewayklia2/
Skypark Terminal: https://www.facebook.com/SubangSkyPark/
Comments
Post a Comment