UNIQLO LANCAR KOLEKSI HANA TAJIMA SS20 & KOLEKSI RAYA 2020



UNIQLO, peruncit pakaian global Jepun, mengumumkan bahawa HANA TAJIMA untuk UNIQLO 2020 Musim Bunga/Panas akan dilancarkan pada 15 Mei 2020. 

Tema koleksi terbaru ini adalah “Changing Bodies", dan merujuk kepada LifeWear yang dapat menyesuaikan diri dengan fleksibel dan sesuai dengan badan wanita yang kian berubah walaupun halus perubahannya. 

Mengulas koleksi terbaru, Hana Tajima berkata, “Badan kita bukan statik; mereka membesar, berubah dan bergerak. Kami mengetahui ini kerana kami merasakan perbezaan yang halus dari hari ke hari. Saya ingin mereka pakaian yang merangkumi perubahan ini. Untuk menghidupkan dan menggembirakan kembali cara kita berpakaian. Dengan membiarkan setiap pakaian menjadi pendamping yang dihargai kepada pemakainya. Membuat perincian yang boleh disesuaikan, siluet yang longgar tetapi tetap cantik pada badan, potongan-potongan ini dibuat untuk menyesuaikan badan kita setiap hari." 

“Changing Bodies” sebagai tema musim ini – Penyesuai dan corak seni bina yang memungkinkan gaya dimodifikasi secara bebas, dan siluet elegan lebar, mewakili idea Hana untuk menikmati pakaian tanpa dibatasi oleh ukuran, dan membebaskan wanita dari perubahan mood setiap hari. 

Motif Botanikal Dalam Cetak - Cetakan bunga yang menarik, dilukis oleh Hana menggambarkan keindahan dalaman pemakainya. Hasilnya adalah diinspirasi oleh alam semula jadi tercermin dalam koleksi fesyen Hana yang unik, seperti blaus mewah dengan bahan yang nipis dan gaun krep yang sangat ekspresif. 

Seperti koleksi sebelumnya, 2020 Musim Bunga/Panas merangkumi kepelbagaian budaya yang kaya dan menawarkan keselesaan dan keanggunan kepada semua wanita, tanpa mengira usia, bangsa, budaya, atau kepercayaan agama. 











KOLEKSI RAYA 2020 

Sambutan Hari Raya tidak akan lengkap tanpa sentuhan klasik! Tahun ini, UNIQLO mendapat ilham untuk menggabungkan elemen warisan budaya dan elemen moden dalam Koleksi Raya 2020. Koleksi yang bertemakan “Sambutan Hari Raya Dengan Selesa dan Bergaya” ini dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi untuk keselesaan sambil bergaya. Pelbagai pilihan pakaian untuk lelaki dan wanita akan mula disediakan di kedai-kedai UNIQLO di seluruh negara mulai 8 Mei, 2020. 

Koleksi untuk lelaki termasuklah pilihan pakaian tradisional seperti Baju Melayu dan Batik Kapas. Baju Melayu dalam kolar tegak dan tanpa kolar, yang dibuat dengan bahan Uniqlo Dry Easy Care, menjadikannya senang kering dan kurang kedut. Anda pasti rasa selesa memakai baju yang senang kering dan kemas, malah senang digosok. 


Baju Batik Kapas yang dihasilkan daripada fabrik kapas broadcloth yang amat halus, yang pra-cuci dan diberus untuk memberikan hasil yang lembut dan elegan. Ia mempunyai keseimbangan yang baik untuk pemakaian yang tahan lasak dan fabrik yang lembut, dengan reka bentuk yang longgar agar dapat bergerak dengan selesa. Menampilkan corak batik Indonesia dalam warna yang menarik, ia sesuai dipadankan dengan seluar EZY ankle pants atau Uniqlo Jeans untuk penampilan yang kasual dan bergaya. 

Bagi koleksi eksklusif untuk wanita, UNIQLO menawarkan pilihan Baju Kaftan dan Tunik ¾ Rayon dalam pelbagai warna bagi menyerikan lagi tema dan gaya Hari Raya buat wanita. Baju Kaftan tampil santai dan penuh kewanitaan dengan lipatan drape. 

Tunik ¾ Rayon dengan kolar tegak tampil dengan bahan legap untuk memberikan anda kehalusan sambil bergaya dengan warna muda. Ia juga kurang kedut selepas cuci untuk penjagaan mudah. Untuk menampilkan stail kasual, padankan dengan jeans atau EZY ankle pants, satu penampilan yang senang untuk siang ataupun malam. 

Kedua-dua kaftan dan tunik direka untuk memberikan anda keselesaan dan menyerlahkan lagi ciri kewanitaan untuk penampilan yang ringkas dan elegan. 

Bagi mereka yang ingin nampak sepadan dengan pasangan, pilihlah koleksi Batik Kapas wanita dalam gaun, blaus, dan skirt suar, yang boleh dipadankan dengan koleksi yang sama buat lelaki. Gaun dan blaus dengan kolar terbuka memberikan rasa bebas dengan stail. Begitu juga dengan koleksi lelaki, ia dihasilkan dengan 100& kapas yang amat lembut dan selesa untuk kulit anda. 











Rebut Peluang Memenangi Kad Hadiah UNIQLO bernilai RM500 

Rebut peluang memenangi kad-kad hadiah bernilai RM500 untuk anda berbelanja bersama keluarga! Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah seperti berikut: 

1) Kongsikan gambar foto terbaik Hari Raya Bersama Keluarga dengan kapsyen yang kreatif; 
2) Tag @UNIQLOMYOfficial dan sertakan #UQRiangRiaRaya dalam kapsyen anda. 
3) Sila pastikan akaun anda ditetapkan untuk awam. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/uniqlo.my/

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA