JENAMA KECANTIKAN PERANCIS EMBRYOLISSE KINI TIBA DI MALAYSIA!



Jenama penjagaan kulit dari Perancis yang memenangi pelbagai anugerah global, Laboratoires Embryolisse, bakal membuat debut di Malaysia buat kali pertama pada Mei 2020. 

Embryolisse yang kini meraikan ulang tahun ke-70 dalam kepakaran dan kejayaan dermatologinya, telah menghasilkan pelbagai produk pakar yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit – kulit biasa, sensitif, kering dan kusam. Pada tahun-tahun berikutnya, Embryolisse juga telah memperkenalkan himpunan produk penjagaan kulit yang bertoleransi tinggi dan khusus memfokuskan dalam mengembalikan keseimbangan dan mengekalkan seri kulit wajah agar sihat dan cantik. 


Kesemua produk Embryolisse adalah berkonsepkan formulasi yang unik – Physio-Cosmetology, iaitu satu perikatan di antara dunia penjagaan kulit dan kecantikan; terdiri daripada menggunakan bahan-bahan yang betul dengan dos yang tepat lantas mampu memberikan kelembutan kulit wajah dan membetulkan embalan agar mencantikkan kulit tanpa nampak lesu, penat dan menjadikan kulit lebih sensitif. 

Falsafah penjagaan kulit yang dipegang oleh Embryolisse adalah berdasarkan respek. Respek pada kulit – Respek pada konsumer. Kesemua formulasi yang digunakan oleh Embryolisse memberikan pelbagai elemen yang diperlukan kulit agar sihat, berseri dan kekal muda tanpa bahan tambahan yang mampu membuatkan kulit menjadi lebih sensitif. 

Setiap bahan-bahan dipilih cukup rapi dengan sifat-sifat terbukti, sama ada perubatan lampau atau seni tradisi kosmetik, dan diggabungkan dengan sistem aktif dermatologi canggih seperti hyaluronik asid dan kolagen. Formulasi semula jadi Embryolisse juga menyepadukan bahan-bahan alam semula jadi terutamanya daripada bunga dan buah-buahan. Kesemua produk Embryolisse mempunyai ramuan dan kandungan dos yang betul dan sesuai digunakan walaupun buat kulit wajah yang sensitif. 

Sebuah kisah yang bermula pada 1950… 

Pada 1950, seorang ahli dermatologi daripada Hospital Saint Louis yang pakar dalam patologi kulit, mencipta Lait-Crème Concentré, produk penjagaan kulit yang bertoleransi tinggi serta bersifat universal lalu terlahirlah jenama Embryolisse. 


Produk ini dikenali sebagai satu krim ‘ajaib’ dan dipuja tinggi oleh sebilangan generasi wanita lantas menjadi satu produk hangat sekarang. 

Dengan jutaan produk yang terjual seluruh dunia, Embryolisse menawarkan produk lengkap yang terdiri daripada penjagaan kulit, yang dilahirkan mengikut keperluan keberkesanan dan bertoleransi, mengikuti satu filosopi: memberikan kepentingan pada kulit agar sihat dan berseri. Hari ini, ia telah menjadi satu jenama yang disyorkan oleh pakar kesihatan (ahli dermatologi dan ahli kimia) serta menjadi pilihan utama dunia kecantikan dan juru solek. 

Oleh sebab formulasi Embryolisse memberikan kulit kesan cantik dan kekal remaja, ia terus menjadi kegemaran juru solek profesional dan para selebriti terkenal. Produk ini adalah item yang sangat diperlukan untuk kegunaan belakang tabir seperti acara pertunjukan fesyen, sesi fotografi fesyen, acara TV, persembahan teater dan filem. Ramai bintang kelas-A serta model yang mengikut tip juru solek mereka lantas menjadi pengguna setia jenama ini seperti Sienna Miller, Elizabeth Jagger, Gwyneth Paltrow, Lea Seydou, Poppy Delavigne, Scarlett Johansson dan ramai lagi. 

Embryolisse akan membawa koleksi ini ke Malaysia: 

Pembersih wajah dan Pembersih Solekan 

Koleksi pembersih wajah dan solekan ini memastikan kulit kekal bersih. Produk penjagaan kulit ini dihasilkan agar sesuai untuk semua jenis kulit, ia lembut membersihkan kulit lantas menjadikan kulit kelihatan segar dan sihat. 


Pelembap 

Produk pelembap pula cukup disarankan buat kulit yang terlalu sensitif serta kering. Dengan menggunakan produk ini, kulit menjadi lebih lembut dan mengembalikan keceriaan kulit juga menjaga lapisan luar kulit. 

Penjagaan Kulit Berkhasiat 

Dapatkan semula sensasi kulit yang terpelihara dengan penggunaan produk yang berkhasiat, serta membantu memulihkan kulit bernutrien yang memberi kelembutan dan keselesaan pada kulit. 

Rahsia Artis 

Satu koleksi primer, illuminator dan skin corrector dilancarkan bersama barisan juru solek untuk mempamerkan kejelitaan semula jadi wanita. Kulit tanpa cela ditambah baik dari hari ke hari. 

Produk ini dijual secara eksklusif di 152 kedai Guardian di seluruh negara dan juga platform online Zalora Malaysia (https://www.zalora.com.my/embryolisse/), Lazada Malaysia (https://www.lazada.com.my/shop/embryolisse-malaysia-official-malaysia) dan Shopee Malaysia (https://shopee.com.my/embryolisse.os). 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!