‘MICHAEL ANG’S HALAL KITCHEN’ LEBIH GEMPAK DI MUSIM KE-2



NAURA dengan berbesar hati melancarkan musim ke-2 program masakan ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ setiap Rabu, mulai 1 Julai 2020 ini, jam 9 malam di saluran NAURA (CH109). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim secara percuma melalui aplikasi Astro GO, dan secara on demand. Program berdurasi 30 minit itu akan bersiaran selama 26 episod bagi musim terbaharu ini. 

Pada musim pertama, ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ menyaksikan sutradara terkenal, Michael Ang mengubah cara masakan makanan kegemaran warga Cina tempatan dengan menggunakan bahan masakan yang halal dan sesuai untuk masyarakat beragama Islam di Malaysia. Bagi musim kedua ini pula, pengarah drama Setelah Terlafaznya Akad dan Sweet Dreams itu ‘kembali ke dapur’ dengan memfokuskan kepada hidangan dan sajian antarabangsa dari negara Filipina, Scotland, England, Thailand, Perancis, Uzbekistan dan banyak lagi, menggunakan bahan-bahan masakan yang halal.

Ditemani artis-artis jemputan seperti Mark Adam, Amelia Henderson, Diana Danielle, Mawar Rashid, Mona Allen, Jonathan Putra, Ramona Zam Zam dan ramai lagi, Michael juga berborak secara santai tentang selok belok kehidupan peribadi serta perkembangan terbaharu mereka dalam kerjaya.

Azlin Reza Azmi, Ketua Saluran Melayu Astro berkata: “Selaku peneraju kandungan gaya hidup Muslim moden, NAURA amat teruja untuk bekerjasama semula dengan Michael Ang bagi menjayakan musim kedua ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ ini. Di NAURA, kami sentiasa berusaha untuk membawakan program-program yang bermanfaat bagi audiens kami. Program ini bukan sahaja boleh mencetuskan inspirasi untuk mencuba makanan negara lain, ianya juga dapat mencungkil bakat memasak penonton yang mungkin terpendam.

“Hadirnya artis-artis jemputan seperti Mark Adam, Amelia Henderson, Diana Danielle, Mawar Rashid, Mona Allen, Jonathan Putra, Ramona Zam Zam dan ramai lagi semestinya akan memeriahkan program ini, dengan gelak tawa dan menampilkan sisi lain artis tempatan ketika ‘beraksi’ di dapur. 

Sejak pelancaran saluran NAURA pada tahun 2018, kami tetap dengan pendirian kami untuk menghasilkan program-program yang mempunyai nilai pasaran global di mana pengisiannya sesuai buat tontonan masyarakat Muslim di Malaysia dan komuniti Muslim seluruh dunia. Berlandaskan prinsip itu, matlamat kami dengan adanya musim kedua ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ adalah untuk mengetengahkan konsep ‘global kitchen’ di mana setiap hidangan boleh dinikmati oleh umat Islam. Kami yakin mesej yang cuba kami sampaikan dengan sentuhan istimewa Michael kepada audiens dapat dimanfaatkan semua.”


Mulai 1 Julai 2020 ini, saksikan ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ setiap Rabu, jam 9 malam di saluran NAURA (CH109). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim secara percuma melalui aplikasi Astro GO, dan secara on demand.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK