SINOPSIS TELEFILEM CEREKARAMA ‘KELAB GENTLEMEN’


Mereka pernah berjuang demi menjaga keamanan negara dan ia menjadi kebanggaan diri walaupun sudah berada di usia senja, semangat patriotik dan ingatan sebagai perajurit negara tidak pernah pudar. Pengorbanan mereka harus diberikan penghormatan dan tiada seorang veteran ATM wajar dicicirkan dalam apa jua keadaan pun. 

Kolaborasi istimewa antara Media Prima Berhad dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) untuk mempromosi Kempen Tabung Pahlawan 2020 bersama-sama dengan Telekom Malaysia (TM) mempersembahkan telefilem ‘Kelab Gentlemen’ yang bakal menemui penonton TV3 pada 12 September 2020 (Sabtu), pukul 9.00 malam. Penonton juga boleh strim program ini di portal www.tonton.com.my

Kelab Gentlemen diarahkan oleh Gavin Yap, telefilem berdurasi 90 minit ini membariskan pelakon hebat tanah air seperti Dato’ Rahim Razali, Sabri Yunus, Azman Hassan, Vanidah Imran, Siti Farah Abdullah dan Aiman Hakim Ridza. ‘Perwira’ hasil ciptaan Aubrey Suwito dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Ahmad Izham Omar, dinyanyikan oleh penyanyi bersuara soprano Ning Baizura juga terpilih sebagai lagu OST telefilem ini. 


Gavin Yap, pengarah kepada telefilem Kelab Gentlemen berkata, “Kelab Gentlemen mempunyai jalan cerita yang menarik kerana ia mengisahkan nilai sentimental veteran ATM. Mereka tidak mengharapkan pingat dan pangkat tetapi mereka tidak mahu ketinggalan meraikan Hari Pahlawan yang membawa signifikasi kepada mereka. Pengalaman bekerja dengan tiga pelakon “legend” yang berkarisma iaitu Dato’ Rahim Razali, Sabri Yunus dan Azman Hassan amat menyenangkan saya. Bagi pihak produksi, kami berharap penonton dapat menerima yang ingin disampaikan oleh kami dengan positif dan memberi penghormatan atas pengorbanan para perajurit negara dan veteran ATM.” 

SINOPSIS
Kelab Gentlemen mengisahkan tiga pesara perajurit negara yang kini tinggal di sebuah rumah jagaan warga tua. Di Rumah Selimut Baldu, dua penghuninya, Hassan (Azman Hassan) dan Oz (Sabri Yunus) berkongsi satu persamaan yang sangat istimewa bagi mereka kerana kedua-duanya merupakan pesara perajurit negara. Hassan merupakan bekas Pegawai Komunikasi, Oz pula bekas Pegawai Waran. 

Hassan seorang yang suka berjenaka dan selalu mengenakan Oz. Apabila Kapten Kamal (Dato’ Rahim Razali) mendaftarkan diri sebagai penghuni baharu di rumah jagaan tersebut, Hassan dan Oz sangat teruja. Kapten Kamal merupakan seorang “legend” dalam kalangan ATM kerana dia seorang yang kuat dan tabah. Oleh kerana keinginannya yang ingin hidup bebas, Kapten Kamal berkali-kali melarikan diri dari setiap rumah jagaan yang pernah dihuninya, sehingga beliau diberikan gelaran “Slippery Kamal” dan “The Escape Artist”. 

Oz mempunyai bakat terpendam yang mampu memecah masuk apa jua jenis kenderaan termasuklah kereta kebal tentera. Oz seorang yang mudah melatah dan dia akan menjerit ketika menonton rancangan TV hanya kerana terlalu bosan. Kehadiran Kapten Kamal telah mengingatkan Oz tentang keinginannya dan dia mula memikirkan misi baharu dalam hidupnya. Mereka berpakat untuk menyelinap keluar dari rumah jagaan itu kerana ingin menyaksikan Perbarisan Hari Pahlawan. Masing-masing menyimpan sebuah rahsia yang tidak diketahui oleh rakan-rakannya. 


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Ikuti perkembangan terkini Kempen Tabung Pahlawan 2020 di portal rasmi http://tabungpahlawan.jhev.gov.my dan Facebook Tabung Pahlawan Veteran ATM., Twitter@TabungPahlawanVeteranATMOfficial & Instagram @tabungpahlawanofficial 

#haripahlawan #kempentabungpahlawan #jhevatm #veteranatm #terimakasihpahlawan

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING