NANDO’S LANCAR PROGRAM NO CHUCKIN’ OUR CHICKEN’

Dari Kiri, Justin Cheah Kechara Soup Kitchen, Nur Amni Rawaida Patrao of Avenue K, Mac Chung Lynn Group CEO Nando's Malaysia and Singapore 2

Sebagai jenama yang berdasarkan tujuan mendorong perubahan positif, Nando’s Malaysia telah melancarkan program sumbangan makanan ‘No chuckin’ Our Chicken’ di 11 restorannya di seluruh Malaysia. Dengan kerjasama KECHARA Soup Kitchen, The Lost Food Project, Malaysia Relief Agency Sabah, Mutiara Foodbank, Kita Infak, Yayasan Foodbank, Lalamove dan lain, program ini membolehkan Nando’s menyumbank lebihan beras dan ayamnya dengan selamat kepada masyarakat yang memerlukan. 

Program ini, yang juga dijalankan oleh Nando’s UK, Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan Singapura selama beberapa tahun, menggunakan kepakaran Food Donation Connection (FDC), sebuah organisasi global yang menguruskan program sumbangan makanan secara khususnya untuk industri pemakanan di seluruh dunia. FDC juga membantu Nando’s menguruskan SOP untuk memastikan kualiti, kebersihan, dan tempoh tahanan makanan yang disimpan untuk sumbangan. Ini termasuk mengesan sumbangan dan membekalkan beg peti sejuk supaya makanan selamat di simpan dan di sumbang. 

Melalui pelancaran ini, Nando’s akan menyumbangkan makanan kepada masyarakat di Lembah Klang, Johor Bharu, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dan akan memanfaat lebih dari 25 rumah dan badan amal tempatan. 

Semua ayam yang disajikan di restoran Nando’s disediakan dengan mematuhi Gold Standard Nando’s dimana ayam perlu dimasak sepenuhnya, disapu rata dengan marinade, kulit yang berwarna coklat dan mempunyai tanda panggang yang terang. Ayam yang dipilih untuk No Chuckin’ Our Chicken mematuhi Nando’s Gold Standard. 

“Di Nando’s kami dipandu oleh tujuan global kami iaitu untuk memberikan kesan positif kepada komuniti di mana jua restoran Nando’s berada. Usaha Chicken with a Heart mencerminkan komitmen dan usaha kami untuk membantu mereka yang paling terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19. No Chuckin’ Our Chicken merupakan dimensi baru dalam usaha ini dengan memperkuatkan komitmen kami terhadap kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan pembaziran makanan. Pada masa yang sama, meningkatkan bekalan makanan bagi masyarakat yang memerlukan,” kata Mac Chung Lynn, Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Nando’s Malaysia. 

Program Chicken with a Heart yang dilancarkan pada bulan Mac tahun ini merupakan program unggulan Nando’s Malaysia untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat, meraikan wira tempatan, dan membantu anggota masyarakat yang rentan. Di bawah inisiatif ini, Nando’s telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi untuk menyumbangkan makanan kepada barisan hadapan, pelajar dan warga kurang mampu melalui program Kind Dining yang berlangsung dari Mei hingga Ogos tahun ini. Usaha ini telah memberikan makanan dan bekalan bernilai RM135,000 kepada masyarakat setempat yang diedarkan melalui 17 rakan amal. 

Nando’s kini mempunyai dua program tetap yang tertumpu pada jangkauan masyarakat: No Chuckin’ Our chicken dan sumbangan dari program dermaan ahli kesetiaan Nando’s, program Member’s Gift-It, yang membolehkan peminat setia Nando’s menyumbang ganjaran ¼, ½ dan seekor ayam mereka melalui aplikasi Nando’s untuk diagihkan setiap bulan kepada gelandagan dan mereka yang tidak berkemampuan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Nando’s Chicken With a Heart, sila lawati laman sesawang di https://nandos.com.my/chicken-with-a-heart atau Facebook, Instagram dan Twitter: @nandosmy 

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA