NESPRESSO KITAR SEMULA 80% KAPSUL KOPI DEMI KELESTARIAN ALAM


Sejak kebelakangan ini, terdapat trend yang ketara ke arah kesedaran kepenggunaan, di mana keputusan pengguna untuk pembelian yang bertanggungjawab telah mendorong perniagaan untuk melaksanakan amalan beretika dan lestari.
  
Bagi Nespresso, jenama kopi premium ini berharap dapat meneraju pasaran sebagai satu teladan dan mendorong kelestarian serta pengitaran dalam model perniagaan mereka. Selaras dengan inisiatif yang sedang berjalan ini, Nespresso mensasarkan untuk menggandakan usahanya dalam tempoh yang mencabar ini, serta memastikan kualiti kopinya yang luar biasa boleh terus dikekalkan pada masa yang sama.

Merapatkan jurang dengan 80% kapsul kopi aluminium kitar semula 

Pada bulan Mei tahun ini, Nespresso mengumumkan pelancaran kapsul kopi pertama di pasaran yang diperbuat daripada 80% aluminium kitar semula, sebagai sebahagian daripada perjalanan berterusan syarikat ke arah pengitaran dalam meminimumkan sisa dan memaksimumkan penggunaan semula bahan produk. Usaha ini pertama kali dilancarkan untuk kopi Master Origin Colombia, yang mula dipasarkan di Malaysia pada 21 September 2020. Menjelang akhir tahun 2021, Nespresso mensasarkan untuk mempunyai keseluruhan kapsul kopinya diperbuat daripada aluminium kitar semula. 

“Kami sentiasa mencabar diri sendiri untuk menambah baik kelestarian dan pengitaran bagi operasi kami, termasuklah cara kami mendapatkan sumber, menggunakan, dan mengitar semula bahan. Mencapai 80% aluminium kitar semula dalam kapsul kami adalah satu peristiwa penting dan sesuatu perkara yang kami memperusahakan bersungguh-sungguh bersama pembekal kami untuk mencapainya,” kata Jérôme Pérez, Ketua Kelestarian Nespresso. 

Aluminium boleh dikitar semula tanpa batasan dan merupakan salah satu bahan yang dikitar semula secara meluas di dunia. Aluminium yang kitar semula memerlukan lebih kurang tenaga untuk dihasilkan berbanding dengan produk asal, jadi ia amat sesuai untuk digunakan dalam model perniagaan pengitaran. Aluminium juga memastikan kesegaran dan melindungi aroma kopi berkualiti tinggi secara optimum, serta menjadi penghalang terbaik terhadap oksigen, cahaya dan kelembapan. Atas sebab inilah sejak dahulu lagi Nespresso telah menggunakan aluminium untuk menghasilkan kapsulnya. Diperbuat daripada kerajang aluminium, setiap kapsul baru dihasilkan menggunakan lebih kurang 9.2% bahan aluminium, justeru itu, ia 8% lebih ringan. 

Disebabkan oleh komposisi aloi aluminium yang diperlukan untuk menghasilkan kapsul Nespresso, 80% adalah jumlah maksimum kandungan kitar semula semasa yang boleh digunakan hari ini. Bagaimanapun, Nespresso akan terus mencari solusi yang akan meningkatkan peratusan tersebut. 

Membawakan kesan positif kepada masyarakat setempat melalui usaha kitar semula 

Setakat hari ini, Nespresso telah mencapai 30% kadar kitar semula global dan akan terus berusaha untuk meningkatkan angka ini. Sejak tahun 2014, syarikat ini telah melabur lebih daripada CHF185 juta (kira-kira RM836 juta) dalam program kitar semulanya di seluruh dunia, dengan lebih 100,000 pusat pengumpulan di 53 negara. 

Di Malaysia, terdapat dua pilihan yang tersedia bagi Ahli Kelab untuk mengitar semula kapsul kopi Nespresso: sama ada menghantarnya ke salah satu Boutique di The Gardens Mall dan Pusat Beli-Belah One Utama atau menyertai inisiatif Recycling@Home dengan menyerahkan beg kitar semula Nespresso kepada kurier apabila pesanan seterusnya dihantarkan kepada mereka. 

Sementara kebanyakan aluminium yang dikitar semula diproses sebagai kapsul kopi, sebahagian daripadanya dibekalkan ke projek Nespresso Second Life, di mana pelbagai produk dan aksesori baru dihasilkan sebagai hadiah edisi terhad dan eksklusif untuk digandingkan dengan pembelian kapsul kopi Ahli Kelab Nespresso. Di Malaysia, sesetengah aluminium yang dikitar semula juga dihantar kepada pengilang untuk membuat jubin bumbung bangunan. Hampas kopi di dalam kapsul yang sudah digunakan pula dihantar ke ladang organik tempatan untuk dijadikan kompos. Melalui usaha ini, setiap kapsul kopi yang diserahkan oleh Ahli Kelab Nespresso dimanfaatkan sepenuhnya, memaksimumkan sumbangan positif kepada masyarakat setempat di samping meminimumkan sisa buangan. 

Komitmen untuk mencapai keneutralan karbon menjelang 2022 

Baru-baru ini Nespresso juga mengumumkan komitmennya, bahawa menjelang tahun 2022, setiap cawan kopi Nespresso akan menjadi neutral karbon, baik bagi pelanggan di rumah mahupun pelanggan profesionalnya. Cita-cita baharu ini terbina di atas usaha lebih 10 tahun di mana Nespresso telah mengurangkan pelepasan karbon dan mengimbangi berlebihannya melalui agro-penghutanan. 

“Perubahan iklim adalah satu realiti yang tidak boleh dinafikan, dan masa depan kita bergantung kepada komitmen kelestarian kita yang harus lebih meluas dan pantas. Inilah sebabnya kami mempercepatkan komitmen kami untuk menawarkan pelanggan kami cara menikmati secawan kopi yang neutral karbon menjelang tahun 2022, iaitu secawan kopi yang dihasilkan daripada biji kopi yang terbaik dan jarang ditemui, dari sumber yang lestari. Saya percaya bahawa perniagaan kami dan industri kopi boleh menjadi pengaruh yang baik di dunia dengan menangani isu yang mendesak ini,” kata Guillaume Le Cunff, CEO Nespresso. 

Setelah mencapai keneutralan karbon dalam operasi perniagaannya sejak 2017, komitmen baru syarikat ini akan menangani isu pelepasan karbon yang berlaku dalam rantaian bekalan dan kitaran hayat produknya. 

Nespresso akan mencapai keneutralan karbon melalui inisiatif berikut: pengurangan pelepasan karbon dalam operasi mereka; menanam pokok di dalam dan di sekitar ladang kopi yang membekalkan biji kopi kepada Nespresso; dan melabur projek pengimbangan berkualiti tinggi untuk menyokong pemeliharaan dan pemuliharaan hutan serta melaksanakan solusi tenaga bersih dalam komuniti peladang. 

Komitmen keneutralan karbon ini adalah sebahagian daripada cita-cita kelestarian yang lebih besar yang akan dibincangkan lebih lanjut penghujung tahun ini: untuk memelihara kopi yang luar biasa, membina sistem pertanian kopi yang lebih tahan lasak dan boleh dijana semula, mendorong penghidupan lestari bagi peladang dan membina perniagaan pengitaran. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Nespresso dan usaha kelestarian serta program kitar semulanya, sila kunjungi www.nespresso.com. Untuk mengetahui lebih banyak mengenai Nespresso Malaysia, jenguklah halaman Instagram rasmi Nespresso Malaysia (@nespresso.my) atau halaman Facebook (Nespresso.MY) untuk menerima makluman berita terkini. 



Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!